Norhayati Mohd Rawi, and Nursabrina Syahirah Hairudin, and Norbert Simon, and Lee, Khai Ern and Norsyafina Roslan, (2020) Hidrogeologi dan geokimia air bawah tanah di daerah Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. Sains Malaysiana, 49 (3). pp. 493-502. ISSN 0126-6039
|
PDF
913kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil3_2...
Abstract
Penilaian air bawah tanah untuk kegunaan domestik adalah sangat penting untuk mengelakkan isu kesihatan kepada pengguna yang bergantung kepada air bawah tanah sebagai bekalan utama semasa krisis air dan kemarau. Lazimnya, penilaian kualiti air bawah tanah hanya dijalankan untuk menentukan keselamatan penggunaannya dan sumber semula jadi bahan pencemar sering tidak dilaporkan. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan kualiti air bawah tanah dan juga mengenal pasti potensi bahan pencemar dan sumbernya menggunakan kaedah Piper dan Gibbs sebagai tambahan kepada penilaian kualiti air. Analisis ini telah dijalankan ke atas 38 telaga tiub di Daerah Tampin. Daerah ini telah mengalami krisis air pada tahun 2015 semasa air di Empangan Gemencheh turun ke paras kritikal akibat daripada fenomena El Nino. Untuk tujuan analisis, data geokimia dari tahun 2013 ke 2015 telah digunakan. Berdasarkan Rajah Piper, unsur yang dominan dalam telaga tiub tersebut adalah Ca2+HO3-, diikuti oleh Na+ HO3-, dan Ca2+Na+ HO3-. Evolusi hidrokimia pula adalah akibat daripada interaksi antara batuan dan pemendakan air bawah tanah berdasarkan Rajah Gibbs. Berkenaan dengan kualiti air, paras Fe didapati meningkat dalam 3 telaga tiub (NTPPW 18, RTG 27 & RTG 53) sepanjang tahun tersebut, manakala unsur lain didapati berada pada tahap yang boleh diterima. Keputusan kajian menunjukkan bahan pencemar terbentuk daripada interaksi air dengan batuan yang terluluhawa dan juga daripada air hujan yang boleh melarutkan serta mengalirkan ion unsur logam ke dalam telaga tiub sekitar Daerah Tampin.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Air bawah tanah; Fiziko-kimia; Rajah Gibbs; Rajah Piper |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 15180 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Sep 2020 07:19 |
Last Modified: | 14 Sep 2020 01:00 |
Repository Staff Only: item control page