Nuur Syafiqah Abirerah, and Najah Nadiah Amran, (2020) Kestabilan emosi dan cabaran kehidupan golongan armalah. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 5 (1). pp. 11-20. ISSN 0128-0899
|
PDF
524kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Peranan berganda sebagai ibu tunggal atau armalah menimbulkan pelbagai bentuk dan cabaran emosi yang memberikan tekanan mental, emosi dan fizikal kepada mereka. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji bentukbentuk dan cabaran-cabaran emosi dalam kalangan armalah. Ia menggunakan pendekatan kajian kualitatif yang berbentuk analisis kandungan. Sorotan literatur dijalankan bagi mengenalpasti definisi armalah, bentuk dan cabaran kehidupan golongan tersebut. Hasil analisis kajian mendapati bahawa terdapat dua kategori emosi yang iaitu kategori emosi yang stabil dan kategori emosi tidak stabil. Bagi kategori pertama terdapat tiga bentuk emosi stabil manakala kategori kedua iaitu emosi tidak stabil ada lima bentuk. Kajian ini juga mendapati golongan armalah berhadapan dengan cabaran kehidupan. Ini termasuklah cabaran kewangan yang tidak kukuh, gangguan emosi dan penyesuaian diri, peranan berganda sebagai ibu yang menggalas tugas bapa, stigma masyarakat, proses mahkamah yang panjang dan dilema tanggungjawab yang bertambah dalam lingkungan domestik dan keluarga besar. Berdasarkan bentuk dan cabaran yang dihadapi oleh golongan ini maka pelbagai pihak harus mengambil perhatian dan tindakan. Ini kerana golongan armalah adalah sebahagian masyarakat dan mereka mempunyai peranan dalam kesejahteraan anak-anak, keluarga, masyarakat dan negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Armalah; Ibu tunggal; Kestabilan emosi; Cabaran emosi; Kesejahteraan keluarga |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 15204 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Sep 2020 01:19 |
Last Modified: | 14 Sep 2020 04:03 |
Repository Staff Only: item control page