Relevansi pewarisan sanad talaqqi al-Quran

Mohamad Redha Mohamad, and Farhah Zaidar Ramli, and Norazman Alias, (2020) Relevansi pewarisan sanad talaqqi al-Quran. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 5 (1). pp. 32-38. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
577kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Masyarakat Islam arus perdana di Malaysia mulai didedahkan dengan amali periwayatan sanad talaqqi dalam konteks pengajian al-Quran. Banyak pihak berlumba-lumba untuk mendapatkan sanad talaqqi al-Quran. Sistem ini merupakan tradisi yang dititikberatkan oleh para qurra’ dan mulai tersebar kepada umum. Umum mengetahui al-Quran diwariskan kepada setiap generasi secara bacaan iaitu talaqqi musyafahah dan bukannya tulisan. Namun pelbagai kluster dalam masyarakat masih kurang jelas dan sukar memahami relevansi berkaitan amali ini. Justeru, kajian perlu dilakukan untuk menganalisis relevansi pewarisan sanad dalam sistem talaqqi al-Quran secara musyafahah. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan, manakala metode analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat lima faktor utama relevansi berkaitan iaitu sunnah Rasulullah SAW, kesahihan bacaan, kebanggaan penuntut ilmu, kelangsungan sanad ‘ali dan bimbingan berterusan. Implikasi daripada dapatan kajian adalah mustahak untuk membimbing masyarakat membina persepsi yang tepat terhadap kepentingan amali pewarisan sanad talaqqi al-Quran.

Item Type:Article
Keywords:Relevansi; Sanad; Talaqqi; al-Quran; Malaysia
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:15206
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Sep 2020 01:26
Last Modified:14 Sep 2020 04:25

Repository Staff Only: item control page