Kesan pembelajaran berasaskan projek terhadap kemahiran menulis karangan murid sekolah rendah

Monica Laina Tonge, and Zamri Mahamod, (2020) Kesan pembelajaran berasaskan projek terhadap kemahiran menulis karangan murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1). pp. 12-20. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
437kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1250

Abstract

Kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBP) dianggap sebagai salah satu amalan pengajaran yang berkesan yang boleh diterapkan dalam bidang kurikulum, namun kurang dipraktikkan kerana dibatasi faktor masa. Kajian tindakan ini bertujuan mengkaji kesan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ke atas penguasaan kemahiran penulisan serta minat terhadap pembelajaran penulisan dalam kalangan murid sekolah rendah. Empat orang murid Tahun Lima yang mempunyai masalah dalam penulisan dipilih sebagai peserta kajian secara bertujuan. Sesi tindakan telah dilakukan dalam tiga kitaran, dan penguasaan kemahiran penulisan murid dilihat berdasarkan ujian pencapaian penulisan, hasil lembaran kerja, dan hasil projek buku skrap. Minat murid terhadap pembelajaran telah diperhatikan dan dianalisis secara naratif. Dapatan menujukkan peningkatan dalam markah ujian pencapaian penulisan murid, penurunan dalam aspek masalah penulisan, serta penghasilan projek buku skrap yang menepati tugasan dan kriteria penilaian. Dapatan juga menunjukkan peningkatan minat murid dalam pembelajaran penulisan dalam beberapa aspek, iaitu: i) kebebasan meneroka kreativiti, ii) fokus dan rasa ingin tahu yang mendalam, dan iii) mengambil bahagian secara aktif. Kesimpulannya, aktiviti PBP dapat membantu meningkatkan pencapaian dan minat murid untuk belajar penulisan dalam Bahasa Melayu, terutamanya dalam kalangan murid yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran menulis karangan; Pembelajaran berasaskan projek; Murid sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:15242
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Sep 2020 01:30
Last Modified:22 Sep 2020 04:01

Repository Staff Only: item control page