Mohd Huzaimi Abdul Manap, and Zolkepli Haron, and Norasmah Othman, (2020) Penilaian pelaksanaan program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Integrasi. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 9-16. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
221kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270
Abstract
Keberkesanan sesuatu program pentaksiran perlu dilihat dan dinilai supaya mencapai sasaran dan objektif keseluruhan pendidikan agar kos yang dilaburkan tidak disia-siakan. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk menilai tahap dimensi proses dalam pelaksanaan program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Model Penilaian KIPP (Konteks, Input, Proses, Produk) digunakan bagi mengukur tahap dimensi proses serta hubungannya dengan dimensi input dalam pelaksanaan PASR di sekolah. Kajian ini melibatkan 30 orang guru pendidikan khas yang dipilih secara rawak mudah dari 15 buah sekolah dalam Daerah Hulu Langat. Soal selidik digunakan sebagai instrumen dan data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan menunjukkan tahap dimensi proses (pemantauan, penyelarasan dan sokongan pentadbir) berada pada tahap tinggi. Tambahan lagi, terdapatnya hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara dimensi proses dengan dimensi input dalam perlaksanaan PASR. Hasil kajian ini menyumbang kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperbaiki dan menambahbaik pelaksanaan program agar menjamin ke arah kemenjadian murid dalam program tersebut pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | PASR; Penilaian; Pendidikan khas; Pemantauan; Penyelarasan; Sokongan pentadbir |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 15248 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Sep 2020 03:46 |
Last Modified: | 22 Sep 2020 04:39 |
Repository Staff Only: item control page