Pedagogi responsif budaya: kesedaran, pengetahuan dan kesediaan guru

Muhammad Zakwan Abdul Rahim, and Nurfaradilla Mohamad Nasri, and Mohamad Asyraf Abd Talib, (2020) Pedagogi responsif budaya: kesedaran, pengetahuan dan kesediaan guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 25-34. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270

Abstract

Kewujudan latar belakang majmuk dalam kalangan murid-murid sekolah menuntut guru-guru untuk melaksanakan pedagogi responsif budaya. Kajian penerokaan kualitatif ini bertujuan mengenalpasti kesedaran, pengetahuan dan juga kesediaan guru untuk melaksanakan pendekatan pedagogi responsif budaya. Kajian ini melibatkan 12 orang guru daripada daerah Lembah Klang melalui kaedah pensampelan bertujuan. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan semua responden sedar bahawa pedagogi responsif budaya berpotensi untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran yang efektif. Namun demikian, hampir separuh daripada responden melaporkan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang pedagogi responsif budaya. Namun, meskipun kekurangan pengetahuan tentang pendekatan ini, majoriti responden melaporkan bahawa mereka bersedia untuk mengamalkan pedagogi responsif budaya di dalam pengajaran. Dapatan ini memberi input kepada institusi pendidikan guru dalam memastikan kurikulum pendidikan guru mampu untuk menyediakan guru-guru baik daripada ilmu pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengamalkan pedagogi responsif budaya. Hal ini kerana dapatan menunjukkan bahawa guru-guru telah mempunyai kesedaran tentang kepentingan pedagogi responsif budaya terutamanya di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum serta potensi pedagogi responsif budaya bagi mewujudkan satu pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian akademik murid dan mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan murid.

Item Type:Article
Keywords:Pedagogi responsif budaya; Pengajaran; Pembelajaran; Kesediaan guru; Kesedaran guru; Pengetahuan guru; Pembelajaran efektif
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:15250
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Sep 2020 03:56
Last Modified:22 Sep 2020 04:44

Repository Staff Only: item control page