Hubungan antara kepimpinan multidimensi guru besar dan kepuasan kerja guru

Mohd Khairy Bazli Abu Bakar, and Bity Salwana Alias, (2020) Hubungan antara kepimpinan multidimensi guru besar dan kepuasan kerja guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 35-41. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
294kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270

Abstract

Di sekolah, amalan kepimpinan yang fleksibel dapat mempengaruhi guru dalam merealisasikan setiap misi dan visi yang dihasratkan. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengetahui tahap amalan kepimpinan multidimensi guru besar serta hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan 132 guru dari lima sekolah rendah zon bandar dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan. Soal selidik yang diadaptasi daripada Leadership Orientation (LO) digunakan bagi meneroka amalan kepimpinan multidimensi guru besar manakala soal selidik yang diadaptasi daripada Job Satisfaction ERG Alderfer (JSERGA) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja guru. Dapatan menunjukkan tahap amalan kepimpinan multidimensi yang tertinggi menurut persepsi guru adalah kepimpinan struktural, diikuti dengan kepimpinan simbolik, kepimpinan sumber manusia dan kepimpinan politik. Dapatan bagi tahap kepuasan kerja guru pula menunjukkan keperluan pertumbuhan adalah yang paling tinggi diikuti oleh keperluan perhubungan dan keperluan keberadaan. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana yang signifikan antara kepimpinan multidimensi guru besar dan kepuasan kerja guru. Implikasi kajian ialah guru besar memerlukan pendedahan kepada amalan kepimpinan multidimensi agar wujudnya keseimbangan dalam memimpin untuk membantu mereka membuat keputusan yang tepat berdasarkan situasi, seterusnya memberi kesan terhadap kepuasan kerja yang akan memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan multidimesi; Kepuasan kerja; Guru besar; Sekolah; Zon bandar
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:15251
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Sep 2020 04:01
Last Modified:22 Sep 2020 04:46

Repository Staff Only: item control page