Persepsi dan faktor pendorong aplikasi terapi seni dalam kalangan kaunselor pelatih

Jeffery Apdal, and Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim, and Salleh Amat, (2020) Persepsi dan faktor pendorong aplikasi terapi seni dalam kalangan kaunselor pelatih. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 43-50. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
233kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270

Abstract

Salah satu matlamat utama dalam latihan untuk menjadi seorang kaunselor adalah penguasaan kemahiran kaunseling. Kajian kes ini bertujuan meneroka persepsi tiga kaunselor pelatih menggunakan terapi seni lukisan dalam sesi kaunseling. Ketiga-tiga peserta kajian merupakan guru pelatih yang berpengalaman menggunakan terapi seni dalam sesi kaunseling dan telah pun menjalani praktikum di sekolah. Proses pengumpulan data melibatkan temubual semi berstruktur yang dilakukan sehingga mencapai ketepuan data. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik secara manual yang dimulakan dengan pengkodan terbuka, pengkodan kategori dan tema. Hasil kajian mendapati penggunaan terapi seni dalam sesi kaunseling boleh melancarkan proses kaunseling dan memberikan maklumbalas yang positif kepada klien dan juga kaunselor. Aplikasi terapi ini juga didorong oleh faktor personaliti klien yang pasif sewaktu menjalani sesi kaunseling. Kesimpulannya, penggunaan terapi seni telah dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam sesi kaunseling. Implikasinya, terapi seni ialah salah satu teknik kaunseling yang bukan konvensional boleh diamalkan oleh kaunselor-kaunselor demi menyahut cabaran masa hadapan yang memerlukan mereka mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran-kemahiran baru dalam mengendalikan sesi kaunseling. Oleh kerana kajian ini hanya melibatkan kaunselor pelatih, penyelidikan masa hadapan mungkin boleh mempertimbangkan untuk melakukan kajian lanjutan melibatkan kaunselor profesional dalam konteks yang lebih luas.

Item Type:Article
Keywords:Kajian kes; Kaunselor pelatih; Terapi seni lukisan; Sesi kaunseling
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:15252
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Sep 2020 04:05
Last Modified:22 Sep 2020 04:47

Repository Staff Only: item control page