Zamri Sahaat, and Nurfaradilla Mohamad Nasri, (2020) Cabaran pelaksanaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 51-59. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
281kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270
Abstract
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah menengah adalah berdasarkan sukatan kurikulum baharu KSSM. RBT dibahagikan kepada dua bahagian iaitu teori dan aplikasi. Faktor pengetahuan guru, penggunaan masa, keperluan modul tambahan, dan kesediaan peralatan serta bahan bantu mengajar memainkan peranan penting kepada tercapainya objektif pembelajaran mata pelajaran ini. Justeru, kajian ini meninjau pandangan 418 guru RBT di Sarawak tentang cabaran pelaksanaan pengajaran RBT berdasarkan faktor-faktor tersebut. Data dikutip menggunakan soal selidik atas talian dan dianalisis secara deskritif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat konstruk adalah berada pada tahap sederhana, di mana guru mempunyai pengetahuan yang sederhana dalam melaksanakan kurikulum RBT, masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan projek adalah rata-rata tidak mencukupi, terdapat keperluan mewujudkan modul tambahan sebagai bantuan pengajaran di dalam kelas, dan terdapat keperluan menambah bahan bantu mengajar untuk memudahkan pengajaran. Dapatan ini mengimplikasikan bahawa kurikulum RBT perlu dikembangkan dan diperkemaskan, di mana latihan dan kursus secara berterusan perlu dibekalkan kepada guru-guru RBT, serta kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar, dan modul perlu disediakan di peringkat sekolah agar cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran RBT ini dapat diatasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan guru; Penggunaan masa; Modul; BBM; Reka Bentuk dan Teknologi |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 15253 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Sep 2020 04:09 |
Last Modified: | 22 Sep 2020 04:48 |
Repository Staff Only: item control page