Keterlibatan pelajar dan hubungannya dengan kemahiran insaniah

Irwan Fariza Sidik, and Mohd Mahzan Awang, and Abd Razaq Ahmad, (2020) Keterlibatan pelajar dan hubungannya dengan kemahiran insaniah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 68-74. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
228kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270

Abstract

Pembentukan insan seimbang serta harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan set kemahiran yang bertujuan untuk melengkapkan kemahiran insaniah pelajar. Kajian-kajian lepas menjangkakan bahawa keterlibatan pelajar mengarah kepada kemahiran insaniah pelajar. Kajian tinjauan ini mengenalpasti tahap dan hubungan keterlibatan pelajar dengan kemahiran insaniah, yang melibatkan 1600 orang pelajar Tingkatan Empat dari empat jenis sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Soal selidik digunakan sebagai instrumen, dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan kedua-dua keterlibatan pelajar dan kemahiran insaniah berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan positif kuat yang signifikan antara keterlibatan pelajar dengan kemahiran insaniah. Ini menunjukkan bahawa keterlibatan pelajar menerusi aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah, aktiviti sosial di sekolah dan aktiviti pelajar dalam kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. Implikasinya, guru seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan keterlibatan pelajar. Dalam pada itu, pelajar perlu mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah bagi membina kemahiran insaniah dalam diri pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Keterlibatan pelajar; Kemahiran insaniah; Sekolah menengah
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:15255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Sep 2020 04:18
Last Modified:22 Sep 2020 04:50

Repository Staff Only: item control page