Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, and Mohammed Afandi Zainal, and Muhamad Firdaus Mohd Noh, and Ahmad Zamri Khairani, and Normawati Abdul Rahman, and Hisyamsani Idris, (2020) Pengujian psikometrik item kecerdasan menghadapi cabaran untuk pelajar lelaki kejuruteraan mekanikal menggunakan model pengukuran Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 87-100. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
560kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270
Abstract
Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan pelajar lelaki yang berdaya tahan untuk industri. Salah satu kecerdasan yang berkait rapat dengan daya tahan ialah Kecerdasan Menghadapi Cabaran (AQ). Walaupun banyak jenis pengujian kecerdasan kepada pelajar yang telah dibangunkan, namun amat terhad instrumen yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan tinggi. Kajian ini bertujuan menguji sama ada item pengukuran AQ mempunyai ciri psikometrik yang baik dalam konteks pelajar lelaki kejuruteraan mekanikal berdasarkan analisis Rasch. Selain itu, kajian tahap AQ dalam kalangan responden turut dikenal pasti. Sebanyak empat konstruk AQ merangkumi kawalan (control), kepunyaan (ownership), jangkauan (reach) dan ketahanan (endurance). Kaedah pensampelan rawak berstrata digunakan dalam kalangan 318 pelajar lelaki dalam bidang pengajian diploma kejuruteraan mekanikal dari lima zon iaitu utara, barat, selatan, Borneo dan timur. Sebanyak 47 daripada 66 item telah memenuhi ciri psikometrik permodelan statistik Rasch menggunakan perisian WINSTEPS 3.71. Kekuatan item dilaporkan melalui analisis grafik Wright Map dan Carta Bubble. Skala empat mata didapati bersesuaian digunakan. Tahap AQ responden dilaporkan berada pada tahap sederhana rendah. Adalah disarankan, kesesuaian item dikaji menggunakan analisis multivariat dengan sampel lebih besar. Selain itu, kajian ini dicadangkan untuk digunakan sebagai penilaian kendiri dan penilaian sesama rakan sebaya bagi tujuan penambahbaikan diri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kecerdasan menghadapi cabaran; AQ; Pelajar lelaki; Psikometrik; Kejuruteraan mekanikal; Model Pengukuran Rasch |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 15257 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Sep 2020 04:41 |
Last Modified: | 22 Sep 2020 04:57 |
Repository Staff Only: item control page