Tahap personaliti Big Six dan hubungannya dengan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar kolej komuniti

Nur Fardeana Arifin, and Radin Siti Aishah Radin A Rahman, and Norasmah Othman, (2020) Tahap personaliti Big Six dan hubungannya dengan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (1(SI)). pp. 101-110. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
309kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1270

Abstract

Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan kemunculan ekonomi digital di seluruh dunia. Bagi generasi muda, adalah penting untuk melihat keusahawanan digital sebagai pilihan kerjaya. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap personaliti Big Six (kestabilan emosi, kesungguhan, kesepakatan, ekstraversi, keterbukaan dan hubungan interpersonal) dan tahap kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan 264 pelajar Kolej Komuniti di Negeri Sembilan, serta hubungan antara kedua-duanya. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen, dan data telah dianalisis secara deskriptif dan interpretif. Dapatan menunjukkan kedua-dua tahap personaliti Big Six dan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa wujud hubungan positif signifikan dengan kekuatan sederhana antara personaliti dengan kecenderungan keusahawanan digital. Implikasinya, pihak kolej komuniti perlu membina kursus keusahawanan yang selari dengan keupayaan pelajar serta berdasarkan ciri-ciri personaliti pelajar supaya berjaya mencapai sasaran kursus. Pihak kolej komuniti juga boleh membuat saringan awal bagi memilih pelajar yang berminat untuk meneruskan aktiviti perniagaan dan inovasi keusahawanan. Oleh itu, pihak institusi memainkan peranan penting dalam memberikan pendedahan kepada pelajar dan memupuk minat keusahawanan.

Item Type:Article
Keywords:Kecenderungan keusahawanan; Keusahawanan digital; Personaliti Big Six; Pelajar kolej komuniti
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:15258
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Sep 2020 04:46
Last Modified:22 Sep 2020 04:59

Repository Staff Only: item control page