Haq, Tengku Fariqul and Khazriyati Salehuddin, (2020) Pembacaan ungkapan literal dan metafora Melayu: satu kajian penjejakan mata. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (2). pp. 18-35. ISSN 1675-8021
|
PDF
926kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1267
Abstract
Bahasa Melayu, sebagaimana bahasa-bahasa lain di dunia, terkenal dengan kepelbagaian ungkapan metafora bagi menyampaikan maksud-maksud tertentu sebagai alternatif kepada penyampaian maksud menggunakan ungkapan literal. Walaupun secara lazimnya penutur sesuatu bahasa itu dapat membezakan ungkapan literal dari ungkapan metafora, tidak banyak diketahui tentang bagaimana perbezaan ini dikenal pasti dalam kognisi penutur. Justeru itu, kajian ini membincangkan proses pembacaan ungkapan literal dan ungkapan metafora dari perspektif psikolinguistik. Kajian yang melibatkan 40 orang pelajar Melayu membaca 40 ayat yang mengandungi 20 ungkapan berbentuk literal dan metafora ini telah menggunakan Alat Pengesan Gerakan Mata (APGM) Tobii TX300 sebagai instrumen kajian untuk menghubungkaitkan pola pergerakan mata dengan kognisi pembaca. Analisis kuantitatif mendapati bahawa enam daripada 20 ungkapan yang dikaji menunjukkan perbezaan yang signifikan antara ungkapan literal dengan ungkapan metafora dari segi visit count, fixation duration, dan fixation count. Analisis kualitatif pula membuktikan terdapatnya perbezaan ke atas kebanyakan ungkapan dari segi heatmaps dan gaze plot pembacaan mereka. Data korpus DBP telah digunakan untuk mewajarkan dapatan ini dengan melihat konteks penggunaan ungkapan-ungkapan yang dikaji ini dalam kehidupan seharian. Kajian ini menyimpulkan bahawa corak pemprosesan ungkapan literal dan metafora Melayu dalam kognisi penuturnya adalah bergantung kepada kekerapan penggunaan ungkapan-ungkapan tersebut, sama ada secara literal mahupun metafora dalam kehidupan penuturnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kognisi; Proses membaca; Pengesan mata; Ungkapan literal; Ungkapan metafora |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 15271 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Sep 2020 00:20 |
Last Modified: | 29 Sep 2020 12:24 |
Repository Staff Only: item control page