Hubungan antara tahap ganjaran dan komitmen organisasi dengan penglibatan pekerja sebagai pemboleh ubah pengantara

Nur Syafiqah Abdul Samad, and Azman Ismail, and Khairul Azman Aziz, (2020) Hubungan antara tahap ganjaran dan komitmen organisasi dengan penglibatan pekerja sebagai pemboleh ubah pengantara. Asian Journal of Accounting and Governance, 13 . pp. 41-53. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
852kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1266

Abstract

Dalam perspektif perhubungan pekerjaan, tahap ganjaran seringkali diiktiraf sebagai instrumen yang sangat penting untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang kompeten bagi mencapai dan mengekalkan matlamat dan strategi organisasi-organisasi yang berprestasi dan berdaya saing tinggi. Kajian terbaharu mendapati bahawa tahap ganjaran yang ditentukan setimpal dengan kriteria kerja atau/dan prestasi akan dapat meningkatkan penglibatan pekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerja harian. Natijahnya, penglibatan ini boleh pula mendorong mereka meningkatkan komitmen terhadap organisasi. Sungguhpun sifat perhubungan ini telah banyak dikaji, namun peranan penglibatan pekerja sebagai pemboleh ubah pengantara sangat kurang dibincangkan dalam kajian literatur tentang ganjaran organisasi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk menilai hubungan di antara tahap ganjaran, penglibatan pekerja dan komitmen organisasi. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja di pusat-pusat latihan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Keputusan pengujian hipotesis melalui analisis regresi stepwise menunjukkan bahawa hubungan antara tahap ganjaran dengan komitmen organisasi dipengaruhi secara tidak langsung oleh penglibatan pekerja dalam organisasi kajian. Selanjutnya, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai cadangan penting kepada pengamal untuk memahami kerumitan konsep penglibatan pekerja yang bersifat multi dimensi dan merangka polisi ganjaran yang adil bagi meningkatkan kelebihan daya saing and produktiviti organisasi dalam era persaingan global dan ekonomi yang tidak menentu.

Item Type:Article
Keywords:Tahap ganjaran; Penglibatan pekerja; Komitmen organisasi; Regresi stepwise
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:15287
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Sep 2020 01:56
Last Modified:30 Sep 2020 01:16

Repository Staff Only: item control page