Model pemulihan sistem inventori yang mengalami gangguan bekalan dan ketidakpastian kualiti

Nurul Anis Mohd Sudin, and Hawa Hishamuddin, and Muhammad Idham Sabtu, and Hilmi Hisyam Naimin, and Siswanto, Nurhadi (2020) Model pemulihan sistem inventori yang mengalami gangguan bekalan dan ketidakpastian kualiti. Jurnal Kejuruteraan, 32 (2). pp. 315-323. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
895kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-322-2020/

Abstract

Risiko gangguan rantaian bekalan boleh berlaku berdasarkan pelbagai senario yang mengakibatkan gangguan hampir tidak dapat dielakkan. Kajian terdahulu tidak mempertimbangkan ketidakpastian terhadap kualiti yang boleh dipengaruhi oleh gangguan bekalan tersebut. Kajian ini membangunkan model pemulihan pengeluaran bagi satu peringkat pengeluaran dan sistem inventori yang mengalami gangguan bekalan dan ketidakpastian kualiti. Sistem inventori berkemungkinan mengalami pelbagai jenis gangguan seperti gangguan rantaian bekalan, gangguan pengangkutan dan gangguan berdasarkan kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, pihak pengurusan perlu membuat keputusan yang pantas dan efisien bagi mengatasi masalah gangguan tersebut dengan mempertimbangkan kos yang paling minimum. Model pemulihan ini dibangunkan bagi membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang tepat dan tidak merugikan pengeluaran semasa gangguan berlaku. Contoh berangka digunakan untuk membentangkan pengujian keberkesanan dan manfaat model matematik bagi mengatasi masalah gangguan bekalan dan ketidakpastian yang disebabkan oleh proses pengeluaran. Seterusnya, model tersebut dioptimumkan dengan menggunakan perisian LINGO. Kajian ini menujukkan bahawa jadual pemulihan yang optimum diperolehi berdasarkan peratusan produk yang mengalami masalah kualiti dan juga parameter kos yang lain. Sekiranya peratusan produk rosak pada pengeluaran meningkat turut mengakibatkan berlakunya peningkatan keseluruhan kos. Maka, model kajian ini dilihat berpotensi sebagai alat dalam membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang tepat pada pelan pemulihan apabila berlakunya gangguan bekalan.

Item Type:Article
Keywords:Gangguan rantaian bekalan; Ketidakpastian kualiti; Model inventori
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:15338
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2020 04:54
Last Modified:12 Oct 2020 01:23

Repository Staff Only: item control page