Persepsi orang awam dan profesional terhadap imej visual bandar Putrajaya

Fazlena Abd. Rahim, and Mohamed Mohamed Tolba Said, (2020) Persepsi orang awam dan profesional terhadap imej visual bandar Putrajaya. Jurnal Kejuruteraan, 32 (2). pp. 325-334. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-322-2020/

Abstract

Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan yang mana di awal pembangunannya telah dirancang sebagai bandar Islamik. Objektif kajian ini adalah menganalisis imej visual persekitaran alam bina yang memberikan identiti kepada Putrajaya menerusi persepsi orang awam dan profesional. Modenisasi dan kurang jelas tafsiran seni bina Islamik telah mewujudkan krisis identiti dalam gaya seni bina, kecelaruan identiti dan menjejaskan identiti reka bentuk bandar Islamik. Kajian ini menggunakan metodologi campuran kuantitatif dan kualitatif. Kajian soal selidik terhadap lebih kurang 500 orang awam dan temu bual bergambar terhadap lebih kurang 100 orang profesional dalam bidang alam bina telah dijalankan untuk untuk menganalisis imej visual identiti Putrajaya. Hasil kajian mendapati reka bentuk bandar Putrajaya mempunyai nilai estetik yang tinggi dan budaya Islam melalui ciri Islamik Timur Tengah bagi merealisasi penerapannya sebagai bandar Islamik. Bagaimanapun, gaya moden yang mendominasi, campuran dan kepelbagaian serta kurangnya identiti tempatan mewujudkan identiti yang kurang jelas dan budaya tersendiri yang lemah. Penemuan kajian ini boleh dimanfaatkan untuk memperkasakan imej visual bandar Putrajaya yang jelas sebagai bandar Islamik yang mempunyai identiti tempatan dan tersendiri untuk meningkatkan daya tarikan kepada pengguna bandar.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Islamik; Reka bentuk bandar Islamik; Imej visual; Identiti; Persepsi; Orang awam; Profesional
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:15339
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Oct 2020 06:16
Last Modified:12 Oct 2020 01:24

Repository Staff Only: item control page