Seah, Siew-Wei and Nur Siti Fatimah Mohamad Jamil, and Lee, Yann-Yin and Kong, Cin and Sheila Nathan, and Wan, Kiew-Lian (2020) Prodigiosin Serratia marcescens tidak bersifat toksik terhadap Caenorhabditis elegans. Sains Malaysiana, 49 (4). pp. 775-784. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil4_2...
Abstract
Produk semula jadi mikrob adalah sumber molekul yang berpotensi tinggi untuk penemuan dadah. Prodigiosin iaitu pigmen merah yang dihasilkan oleh Serratia marcescens, ialah calon dadah semula jadi kerana telah dilaporkan mempunyai sifat antimikrob, antimalaria dan antikanser. Dalam kajian ini, kami telah menilai ketoksikan prodigiosin dengan menggunakan nematod Caenorhabditis elegans, satu model perumah yang sering digunakan untuk menilai kepatogenan agen berjangkit dan ketoksikan produk semula jadi. Untuk menilai ketoksikan prodigiosin, C. elegans dijangkiti dengan strain penghasil prodigiosin, S. marcescens Bizio ATCC 274 (Sma 274) dan strain bukan penghasil, S. marcescens Bizio ATCC 29635 (Sma WF). Asai kemandirian telah dijalankan di bawah keadaan yang memastikan penghasilan prodigiosin pada tahap optimum. Menariknya, kinetik pembunuhan nematod oleh strain S. marcescens yang berpigmen dan tidak berpigmen tidak menunjukkan perbezaan yang ketara (Log-rank (Mantel-Cox) test, p>0.0001), dan ini mencadangkan bahawa prodigiosin bukanlah molekul yang toksik. Seterusnya, C. elegans dirawat terus dengan prodigiosin tanpa kehadiran S. marcescens dan ketoksikan prodigiosin terhadap nematod telah dinilai. Tiada pengurangan kadar kemandirian yang signifikan diperhatikan apabila C. elegans diberikan ekstrak prodigiosin jika dibandingkan dengan kawalan yang tidak dirawat (Log-rank (Mantel-Cox) test, p>0.0001). Hasil ini membuktikan bahawa prodigiosin tidak memberi sebarang kesan toksik terhadap cacing nematod dewasa. Kesimpulannya, prodigiosin S. marcescens adalah tidak toksik terhadap perumah C. elegans, dan ini membuka peluang untuk penyelidikan tentang prodigiosin sebagai dadah farmaseutis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dadah semula jadi; Ketoksikan; Pigmen bakteria |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 15348 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Oct 2020 07:50 |
Last Modified: | 16 Oct 2020 00:25 |
Repository Staff Only: item control page