Pengujian hipotesis berbilang: perbandingan simulasi Monte Carlo berdasarkan Ralat Jenis I

Nora Muda, and Nor Syafawati Jani, (2020) Pengujian hipotesis berbilang: perbandingan simulasi Monte Carlo berdasarkan Ralat Jenis I. Sains Malaysiana, 49 (4). pp. 885-898. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
412kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil4_2...

Abstract

Pengujian hipotesis berbilang merupakan pengujian yang melibatkan ujian serentak lebih daripada satu hipotesis dan digunakan untuk mengawal kadar ralat berkumpulan (FWER) dan kadar penemuan palsu (FDR) dengan meminimumkan Ralat Jenis I. Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan ujian pengujian hipotesis berbilang bagi ujian-t iaitu pengujian antara dua kumpulan sampel melalui perbandingan antara ujian Bonferroni, ujian Holm, ujian Hochberg, ujian Hommel, ujian Benjamini-Hochberg dan ujian Benjamini-Yekutieli dengan mengikut keadaan yang tertentu iaitu nilai α, bilangan ujian, m dan jenis taburan yang berbeza. Perbandingan pengujian hipotesis berbilang berdasarkan kebarangkalian Ralat Jenis I bagi kes kadar ralat berkumpulan (FWER) dan kadar penemuan palsu (FDR) dijalankan berdasarkan simulasi Monte Carlo. Didapati, bagi kumpulan min yang sama iaitu {0,0} bagi kesemua keadaan, Ralat Jenis I bernilai sifar. Hal ini kerana kesemua ujian gagal menolak hipotesis nol dan terbukti menyatakan kesemua hipotesis nol adalah benar. Selain itu, aras keertian 0.01 tidak sesuai digunakan bagi kesemua keadaan kerana aras keertian ini dikatakan sangat jitu. Bagi kumpulan min yang berbeza iaitu {0,1}, ujian Benjamini-Yekutieli sesuai digunakan bagi mengawal kadar penemuan palsu (FDR) kerana dapat meminimumkan Ralat Jenis I dengan baik berbanding dengan ujian lain. Manakala bagi kadar ralat berkumpulan (FWER), ujian Hommel sesuai digunakan berbanding dengan ujian lain. Hal ini kerana ujian ini dapat mengawal dengan baik dan meminimumkan Ralat Jenis I.

Item Type:Article
Keywords:Kadar penemuan palsu; Kadar ralat berkumpulan; Ujian Benjamini-Hochberg; Ujian Bonferroni; Ujian Holm
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:15360
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2020 01:02
Last Modified:16 Oct 2020 01:10

Repository Staff Only: item control page