Analisis kestabilan aliran genangan bagi bendalir mikrokutub terhadap permukaan mencancang dengan fluks haba ditetapkan

Fatinnabila Kamal, and Khairy Zaimi, and Anuar Ishak, (2020) Analisis kestabilan aliran genangan bagi bendalir mikrokutub terhadap permukaan mencancang dengan fluks haba ditetapkan. Sains Malaysiana, 49 (4). pp. 899-908. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
604kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid49bil4_2...

Abstract

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kestabilan aliran bendalir bagi masalah aliran genangan dalam bendalir mikrokutub terhadap permukaan mencancang yang telap dengan fluks haba ditetapkan. Persamaan menakluk dalam bentuk persamaan pembezaan separa tak linear dijelmakan kepada sistem persamaan pembezaan biasa tak linear menggunakan penjelmaan keserupaan seterusnya diselesaikan secara berangka menggunakan penyelesai masalah nilai sempadan, bvp4c dibina dalam perisian MATLAB. Keputusan berangka diperoleh bagi pekali geseran kulit, nombor Nusselt setempat serta profil halaju dan suhu bagi beberapa nilai parameter menakluk yang terlibat. Penyelesaian dual didapati wujud bagi julat-julat tertentu parameter keapungan atau parameter olakan campuran dalam kedua-dua aliran membantu dan aliran menentang. Analisis kestabilan dilakukan untuk menentukan penyelesaian yang stabil dalam masa panjang. Didapati bahawa hanya satu daripada penyelesaian tersebut yang stabil apabila masa berlalu.

Item Type:Article
Keywords:Analisis kestabilan; Aliran genangan; Bendalir mikrokutub; Penyelesaian dual; Sedutan/semburan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:15361
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Oct 2020 01:06
Last Modified:16 Oct 2020 01:11

Repository Staff Only: item control page