Pengetahuan dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar pra-sekolah

Jessica Dato, and Hanifah Mahat, and Mohmadisa Hashim, and Yazid Saleh, (2020) Pengetahuan dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar pra-sekolah. AKADEMIKA, 90 (1). pp. 3-13. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
493kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan kitar semula dan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan murid prasekolah di Miri, Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Data kajian telah diperolehi secara kuantitatif melalui kaedah soal selidik bergambar. Borang soal selidik bergambar ini telah diedarkan kepada 470 responden dalam kalangan murid tadika dan prasekolah di Miri, Sarawak yang dipilih secara rawak mudah. Bagi meneliti tahap pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan kitar semula dan amalan penjagaan alam sekitar, analisis secara deskriptif telah digunakan. Kajian ini dilakukan untuk meneliti hubungan bagi pemboleh ubah yang menggunakan kaedah analisis korelasi pearson. Hasil dapatan daripada soal selidik mendapati pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian iaitu pemboleh ubah pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan kitar semula dan amalan penjagaan alam sekitar menunjukkan responden mempunyai tahap yang sederhana. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan responden (guru) mempunyai tahap yang sederhana terhadap pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan dan amalan penjagaan alam sekitar. Dapatan menunjukkan wujud hubungan korelasi yang kuat tetapi signifikan antara pemboleh ubah pengetahuan alam sekitar dan pengetahuan bahan kitar semula. Keadaan ini jelas menunjukkan pendidikan alam sekitar dalam kalangan murid masih berada pada tahap yang rendah. Malah, bukan murid sahaja yang mempunyai keputusan analisis yang lemah bahkan hasil dapatan temu bual bersama sepuluh orang guru juga menunjukkan keputusan dapatan yang sama. Kajian telah menunjukkan hubungan yang tidak selari di antara pengetahuan alam sekitar, pengetahuan bahan dan amalan penjagaan alam sekitar menerusi pendidikan alam sekitar di sekolah. Kesimpulannya, pengetahuan alam sekitar dan pengetahuan bahan kitar semula mempengaruhi amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan murid melalui pendidikan alam sekitar di sekolah.Justeru, dalam usaha membentuk generasi yang lestari pada masa hadapan, penerapan nilai, sikap serta pengetahuan penjagaan alam sekitar perlu didedahkan pada peringkat awal lagi.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan alam sekitar; Pengetahuan bahan kitar semula; Amalan penjagaan alam sekitar; Alam sekitar; Prasekolah; Pendidikan alam sekitar
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15369
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Oct 2020 00:04
Last Modified:21 Oct 2020 07:29

Repository Staff Only: item control page