Nanthakumar Loganathan, and Nur Aisyah Yuliza, and Thirunaukarasu Subramaniam, and Yahaya Ibrahim, (2020) Permintaan pelancongan bilateral antara Malaysia dan Indonesia. AKADEMIKA, 90 (1). pp. 77-86. ISSN 0126-5008
|
PDF
306kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254
Abstract
Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara serumpun di rantau Asia Tenggara yang mempunyai hubungan akrab sekian lama melalui persamaan budaya dan sosioekonomi. Statistik kehadiran pelancong bagi kedua-dua negara menunjukkan saling pergantungan antara satu sama lain dalam penerimaan jumlah pelancong sepanjang tempoh masa kajian. Secara tradisinya, Malaysia dan Indonesia agak popular dengan pelancongan yang memberi fokus kepada keindahan alam sekitar, kekayaaan warisan budaya serta tarikan pelancongan agama yang kini mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong-pelancong antarabangsa. Kajian ini menggunakan data bulanan sepanjang tempoh 1995-2016 dengan mengaplikasikan konsep Almost Ideal Demand System (AIDS) untuk melihat sejauh mana harga pelancongan dan kemeruapan harga minyak dunia mencorakkan trend permintaan pelancongan bilateral antara kedua-dua buah negara. Hasil kajian ini menunjukkan pelancong Malaysia ke Indonesia memiliki hubungan penyebab Granger secara bilateral dengan kesan keanjalan harga minyak. Manakala, kehadiran pelancong Indonesia ke Malaysia yang memiliki hubungan penyebab Granger sehala terhadap keanjalan permintaan harga pelancongan Thailand. Kedua-dua negara mencapai tahap penyelarasan keseimbangan yang berbeza dari tahap jangka masa pendek ke jangka masa panjang masing-masing dengan magnitud sekitar 10.8% (pelancong Malaysia ke Indonesia) dan 33% (pelancong Indonesia ke Malaysia).Jelas di sini bahawa, perkembangan sektor pelancongan di antara dua negara serumpun ini berkembang pesat dan memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara berkenaan. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa permintaan pelancongan bilateral antara Malaysia ke Indonesia tidak mempunyai sebarang pengaruh keanjalan harga permintaan pelancongan. Tambahan, hasil penemuan kajian ini berguna kepada para pembuat dasar dalam merangka strategi untuk meningkatkan permintaan pelancongan bilateral sebagai strategi jangka masa panjangkhususnya dalam usaha mentransformasi rantau Asia Tenggara yang memiliki keunikan yang tersendiri sebagai destinasi pilihan pelancong antarabangsa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ARDL-ECM; Pelancongan bilateral; Harga pelancongan; Harga minyak; Model AIDS |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 15375 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Oct 2020 01:02 |
Last Modified: | 21 Oct 2020 14:03 |
Repository Staff Only: item control page