Pemakaian beban dan darjah pembuktian dalam kes jenayah syariah di Malaysia: suatu analisis

Suhaizad Saifuddin, and Ahmad Azam Mohd Shariff, and Muhamad Helmi Md Said, and Ramalinggam Rajamanickam, and Tengku Noor Azira Tengku Zainuddin, (2020) Pemakaian beban dan darjah pembuktian dalam kes jenayah syariah di Malaysia: suatu analisis. AKADEMIKA, 90 (1). pp. 87-98. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
280kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254

Abstract

Beban dan darjah pembuktian merupakan dua aspek signifikan dalam menegakkan keadilan di mahkamah. Melihat kepada kes-kes jenayah syariah semasa di Malaysia, pemakaian kedua-dua beban dan darjah pembuktian kelihatan berjalan lancar serta tidak bermasalah. Namun apabila diperhalus, pengaplikasian kedua-duanya ternyata perlu diperkemas. Penulisan ini menganalisis pemakaian aspek beban dan darjah pembuktian dalam perbicaraan jenayah syariah di Malaysia. Di samping itu, penulisan juga turut mengenal pasti permasalahan dalam pengaplikasian kedua-dua aspek tersebut. Seterusnya, penulisan ini berhasrat mengemukakan penyelesaian terhadap masalah yang dikenal pasti. Penulisan ini menggunakan kerangka kajian perundangan tulen yang bersifat kualitatif. Data serta maklumat berkaitan dengan prinsip dan aplikasi beban dan darjah pembuktian dikumpul melalui bahan-bahan perpustakaan. Kesemua data dan maklumat kemudiannya dianalisis menerusi metodologi analisis kandungan serta kaedah analitis dan kritis. Hasil penulisan mendapati bahawa berlaku pentafsiran yang tidak seragam serta tidak tepat terhadap prinsip beban dan darjah pembuktian oleh mahkamah syariah. Penulisan ini turut mendapati bahawa walaupun masalah kekaburan tafsiran wujud, kebanyakan literatur tidak membincangkan masalah ini dengan jelas. Oleh itu, penulisan ini menekankan kepentingan untuk mengatasi masalah tafsiran berkaitan dengan beban dan darjah pembuktian dalam kes jenayah syariah. Justeru, satu penyelidikan yang lebih terperinci harus dilakukan dalam memastikan para hakim dan pegawai syariah mampu mentafsirkan beban dan darjah pembuktian bagi kes jenayah syariah secara betul dan tepat.

Item Type:Article
Keywords:Kes jenayah syariah; Tatacara jenayah syariah; Undang-undang keterangan; Beban pembuktian; Darjah pembuktian
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15376
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Oct 2020 01:08
Last Modified:21 Oct 2020 14:06

Repository Staff Only: item control page