Penilaian kepuasan perkhidmatan pendidikan TVET berdasarkan bangsa di universiti awam Malaysia

Mohamad Zuber, and Muhammad Hussin, and Muhammad Helmi Norman, (2020) Penilaian kepuasan perkhidmatan pendidikan TVET berdasarkan bangsa di universiti awam Malaysia. AKADEMIKA, 90 (1). pp. 99-111. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
322kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254

Abstract

Permintaan pasaran pekerjaan kini mengehendaki pekerja yang berdaya saing dan berkemahiran.Justeru itu, institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam menawarkan perkhidmatan pendidikan yang benar-benar berkualiti untuk melatih sumber modal manusia mengikut keperluan pasaran.Oleh itu, pendekatan kajian kuantitatif dijalankan bertujuan untuk meninjau kualiti perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar bidang TVET di IPTA.Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan keratan rentas silang dan instrumen soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data.Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A: Profil responden dan Bahagian B: Kualiti perkhidmatan pendidikan. Kajian rintis dijalankan melibabkan 50 responden yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan populasi kajian. Kebolehpercayaan instrumen, penyelidik merujuk kepada nilai ketekalan dalaman alfa Cronbach kualiti perkhidmatan institusi pengajian pada nilai alfa Cronbach =0.887 dan kualiti perkhidmatan latihan dan amali pada nilai alfa Cronbach = 0.918. Analisis data yang dilibatkan secara deskriptif iaitu min, peratusan dan sisihan piawai.Sementara analisis inferensi pula melibatkan pengujian MANOVA.Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap kepuasan perkhidmatan pendidikan dalam kalangan pelajar TVET di IPTA adalah sederhana.Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kualiti perkhidmatan pendidikan berdasarkan demografi bangsa.Hasil dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa wujud perbezaan kepuasan perkhidmatan pendidikan dalam kalangan pelajar TVET di IPTA berdasarkan demografi bangsa yang boleh diteroka secara mendalam melalui pendekatan kualitatif.

Item Type:Article
Keywords:Penilaian perkhidmatan pendidikan tinggi; Kepuasan pendidikan; Bangsa; Universiti awam; TVET
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15377
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Oct 2020 01:45
Last Modified:21 Oct 2020 14:10

Repository Staff Only: item control page