Impak sosioekonomi lebuhraya Pan Borneo terhadap komuniti tempatan

Rosniza Aznie Che Rose, and Valentino Kerish Anak Imau, (2020) Impak sosioekonomi lebuhraya Pan Borneo terhadap komuniti tempatan. AKADEMIKA, 90 (1). pp. 123-136. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
579kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254

Abstract

Pada arus modernisasi, pelbagai pelaksanaan pembangunan telah dijalankan bagi mencapai sebuah negara maju di persada dunia. Lebuhraya Pan Borneo merupakan salah sebuah projek mega Malaysia bagi meningkatkan lagi kualiti jalan raya yang sedia ada kepada sebuah lebuhraya yang lebih baik serta efisien. Namun begitu, projek ini secara langsung dan tidak langsung telah mewujudkan pelbagai impak kepada sosioekonomi penduduk di kawasan daerah Engkilili. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti masalah yang wujud semasa dan selepas pembinaan Lebuhraya Pan Borneo serta memberi cadangan bagi mengurangkan isu berkenaan berlaku dengan lebih buruk. Kajian kuantitatif ini dilakukan dengan mentadbir borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 101 orang ketua isi rumah bagi mendapatkan hasil kajian yang kemudiannya dianalisis menggunakan IBM SPSS 20. Hasil kajian mendapati impak yang telah wujud hasil daripada rancangan projek ini adalah isu petempatan, rutin harian serta taraf ekonomi penduduk. Tambahan pula, pembinaan lebuhraya ini dilakukan berhampiran dengan kawasan petempatan penduduk sehingga menyebabkan penduduk dipaksa berpindah ke kawasan yang lain. Selain daripada menjejaskan aktiviti harian penduduk, projek ini turut memberi impak kepada sumber pendapatan penduduk apabila kawasan pertanian turut diambil oleh pihak berkuasa bagi membina lebuhraya berkenaan. Impak tersebut sekaligus telah memberi kesan kepada kualiti hidup masyarakat yang terlibat dengan projek berkenaan. Secara kesimpulannya, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sememangnya menjejaskan kualiti hidup sedia ada penduduk setempat. Oleh yang demikian, langkah mitigasi telah dicadangkan bagi mengurangkan isu sosioekonomi wujud semasa dan selepas pembinaan lebuhraya berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:Pan Borneo; Pembangunan; Projek lebuhraya; Projek mega; Sosioekonomi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15379
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Oct 2020 01:54
Last Modified:21 Oct 2020 14:27

Repository Staff Only: item control page