Penglibatan awam sebagai pembuat keputusan dalam rancangan tempatan pihak berkuasa tempatan

Mohd Azhar Mohamed Ali, and Kadir Arifin, (2020) Penglibatan awam sebagai pembuat keputusan dalam rancangan tempatan pihak berkuasa tempatan. AKADEMIKA, 90 (1). pp. 151-163. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254

Abstract

Kajian ini menghujahkan bahawa tahap penglibatan awam yang rendah dan kurang menggalakkan dalam aspek penyediaan Rancangan Tempatan (RT) yang mempengaruhi tahap dan keputusan terhadap perancangan pembangunan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Oleh yang demikian, kajian ini adalah menganalisis tahap penglibatan awam sebagai pembuat keputusan dalam RT dengan memilih Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan soal-selidik. Soal-selidik telah dibangunkan berasaskan empat tema utama penglibatan awam iaitu kehadiran di program/proses bantahan awal, keaktifan dalam memberikan input/cadangan, penglibatan dalam mewujudkan RT dan penglibatan meluluskan perancangan di dalam RT. Empat tema ini mempunyai lapan item yang mewakili lapan tangga penglibatan Arnstein. Kaedah analisis data menggunakan Skor Interval dan Tipologi Arnstein dan statistik deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS. Kaedah peratusan digunakan bagi melihat jumlah setiap skor untuk setiap tema. Seramai 384 responden telah dipilih bagi mewakili populasi di MDKL, Selangor. Hasil kajian keseluruhan mendapati, tahap penglibatan awam di MDKL adalah berada di tahap perundingan dengan skor sebanyak 1691. Melalui perbincangan telah menunjukkan penglibatan awam penduduk di Daerah Kuala Langat belum lagi mencapai tahap yang optimal dan keputusan dalam RT di MDKL masih bersifat atas ke bawah iaitu dari pihak kerajaan sepenuhnya manakala pihak penduduk hanya mengikut kehendak perancangan tersebut. Ini juga bermakna bahawa aspek komunikasi dua hala antara penduduk dan pihak PBT masih lagi rendah dan kurang berkesan. Kesannya, ia mestilah diberikan tindakan sewajarnya agar proses penyediaan RT untuk masa depan penduduk dengan mengambil kira penglibatan awam sepenuhnya sebelum dilaksanakan.

Item Type:Article
Keywords:Penglibatan awam; Pihak berkuasa tempatan; Rancangan tempatan; Komunikasi; Pembuat keputusan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15383
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Oct 2020 03:49
Last Modified:21 Oct 2020 14:33

Repository Staff Only: item control page