Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan intelektual liberal: kelahiran dan evolusi idea

Mohd Azizi Jaeh, and Muhamad Takiyuddin Ismail, (2020) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan intelektual liberal: kelahiran dan evolusi idea. AKADEMIKA, 90 (1). pp. 165-179. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
582kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1254

Abstract

Pasca Reformasi bukan sekadar menyaksikan fenomena demonstrasi jalanan dan penentangan aktivis terhadap rejim pemerintah ketika itu, Barisan Nasional, tetapi juga kesedaran yang dipupuk dalam kalangan sebahagian aktivis dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melahirkan gerakan intelektual yang bersikap anti-establishment. Gerakan yang dipelopori Khalid Jaafar dan sekumpulan aktivis Jalan Telawi dari segi sejarahnya cenderung dengan pemikiran pencerahan dan liberalisme Barat. Artikel ini bertujuan memaparkan kegiatan golongan liberal dalam PKR selepas tercetusnya Reformasi. Di samping itu, kajian ini akan mengemukakan peranan aktor-aktor yang melingkungi intelektual PKR dalam menjayakan projek pendidikan politik. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif iaitu memberikan tumpuan kepada temu bual penulis bersama beberapa orang informan serta diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikal menerusi sumber sekunder. Penemuan kajian mendapati peranan Institut Kajian Dasar (IKD) dan penganjuran program Sekolah Politik telah membantu golongan pencerahan menyusun gerakan pengkaderan dan penentangan. Kelompok ini tidak lagi berorientasi kepada tindakan demonstrasi massa dan kempen pilihan raya, sebaliknya mengadakan kegiatan intelektual bagi mempromosikan kebebasan individu dan nilai keadilan sejagat. Untuk itu, intelektual pencerahan bertindak atas sikap sukarelawan dengan mengadakan diskusi mingguan, projek penulisan buku, penulisan artikel di internet dan penterjemahan karya-karya pemikir tersohor. Projek ini turut mendapat pembiayaan dana dari pertubuhan pemikir Jerman khususnya menerusi Konrad Adeneur Stiftung (KAS). Secara tidak langsung, kegiatan ini memberikan impak kepada sebuah parti dalam menarik aktivis intelektual di bandar melakukan kerja pendidikan politik di samping pengwujudan kombinasi kelompok kiri-tengah dan kanan-tengah yang menyokong gerakan Reformasi yang dianjurkan PKR.

Item Type:Article
Keywords:Parti Keadilan Rakyat (PKR); Liberalisme; Khalid Jaafar; Institut Kajian Dasar (IKD); Konrad Adenauer Stiftung (KAS)
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15384
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Oct 2020 03:53
Last Modified:21 Oct 2020 14:34

Repository Staff Only: item control page