Pengimunan protein rekombinan SAG2 Eimeria tenella melindungi ayam terhadap kesan penyakit koksidiosis

Sue, Kim Ho and Mandeepal Singh Atar Singh, and Sheila Nathan, and Kiew, Lian Wan (2020) Pengimunan protein rekombinan SAG2 Eimeria tenella melindungi ayam terhadap kesan penyakit koksidiosis. Sains Malaysiana, 49 (5). pp. 971-978. ISSN 0126-6039

[img] PDF
558kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol49num5_2...

Abstract

Pengawalan penyakit koksidiosis ayam yang disebabkan oleh jangkitan parasit Eimeria melibatkan penggunaan vaksin hidup. Namun, kaedah ini mempunyai batasan disebabkan kos pengeluarannya yang tinggi secara relatif dan hanya memberikan perlindungan yang terhad disebabkan oleh sifat Eimeria yang khusus-hos. Justeru, vaksin rekombinan diperkenalkan sebagai strategi alternatif. Antigen permukaan-2 (SAG2) Eimeria tenella telah dikenal pasti berupaya merangsang gerak balas imun ayam berikutan jangkitan. Oleh itu, dalam kajian ini, protein rekombinan SAG2 terlarut telah dihasil dan digunakan dalam pengimunan ayam. Hasil ELISA menggunakan sampel ayam terimun menunjukkan bahawa program pengimunan berjaya merangsang penghasilan antibodi-khusus SAG2 pada ayam terimun. Antibodi IgG, IgM dan IgA khusus-SAG2 pada serum ayam berjaya dikesan selepas suntikan perangsang yang pertama, manakala IgA rembesan khusus-SAG2 dikesan pada sampel kandungan mukosa ayam yang telah melengkapkan keseluruhan program pengimunan. Ayam seterusnya telah diberikan jangkitan cabaran oosista tersporulasi E. tenella. Hasil menunjukkan bahawa ayam terimun menghasilkan bilangan oosista yang lebih rendah berbanding dengan ayam tidak terimun (p<0.05) dan ini mencadangkan keupayaan protein rekombinan SAG2 untuk melindungi ayam terhadap kesan jangkitan E. tenella. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan kesesuaian protein rekombinan SAG2 E. tenella sebagai calon vaksin rekombinan bagi penyakit koksidiosis.

Item Type:Article
Keywords:Antigen permukaan-2; ELISA; Vaksin rekombinan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:15387
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Oct 2020 02:28
Last Modified:22 Oct 2020 13:10

Repository Staff Only: item control page