Ramalan harga Bitcoin berasaskan polariti sentiment artikel berita dan data pasaran dengan model LSTM

Chee, Kean Chin and Nazlia Omar, (2020) Ramalan harga Bitcoin berasaskan polariti sentiment artikel berita dan data pasaran dengan model LSTM. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 9 (1). pp. 1-16. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
831kB

Official URL: http://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Bitcoin adalah wang digital dan alat pelaburan yang telah mendapat perhatian seluruh dunia sejak kebelakangan ini. Namun, harga Bitcoin yang tidak stabil telah menjadi kebimbangan di kalangan pengguna dan pelabur Bitcoin. Ramalan harga Bitcoin dapat membantu pelabur dan pengguna untuk membina strategi yang efektif dalam pelaburan atau penggunaan. Dengan perkembangan pesat Internet, data dalam talian termasuk artikel berita boleh membantu dalam harga ramalan Bitcoin. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan sentimen artikel berita kepada harga Bitcoin dengan tempoh kajian dari September 2017 hingga Ogos 2019. Sehubungan dengan itu, kajian ini memperkenalkan analisis sentimen untuk memahami maklumat artikel berita dalam talian dan menggunakannya sebagai fitur input untuk ramalan harga Bitcoin. Terdapat dua fasa utama dalam kajian ini, iaitu analisis sentimen dan ramalan harga. Dalam analisis sentimen, sentimen diekstrak berdasarkan kaedah leksikon untuk memahami maklumat artikel berita berkaitan dengan pasaran kriptowang. Kriptowang adalah sejenis sistem pembayaran digital dan monetari yang mana transaksi dilakukan dengan cara desentralisasi yang merupakan transaksi kewangan rakan-ke-rakan tanpa melalui institusi kewangan. Dengan kata lain, Bitcoin tidak bergantung kepada perantara pihak ketiga untuk memproses pembayaran, ia menggunakan bukti kriptografi dalam komputer untuk memproses dan mengesahkan kesahihan dan menyebarkan antara rangkaian (Nakamoto 2008). Dalam ramalan harga, sentimen digunakan sebagai fitur input dan model Memori Jangka Panjang Pendek (LSTM) digunakan dalam fasa ramalan harga. Dengan data pasaran dan artikel berita sebagai sampel, keputusan menunjukkan sentimen artikel berita dapat mengurangkan kesilapan dalam ramalan harga Bitcoin.

Item Type:Article
Keywords:Bitcoin; Ramalan; LSTM; Leksikon; Sentimen
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:15414
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Oct 2020 01:33
Last Modified:23 Oct 2020 02:51

Repository Staff Only: item control page