Mohd Reffi Hidayat Roslan, and Kamsuriah Ahmad, and Ayyash, Mohannad Moufeed (2020) Faktor yang mempengaruhi kualiti sistem maklumat dari pandangan pembangun sistem. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 9 (1). pp. 82-93. ISSN 2289-2192
|
PDF
639kB |
Official URL: http://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php
Abstract
Sistem maklumat dilihat menjadi salah satu agen untuk melancarkan operasi sesebuah organisasi. Malah prestasi organisasi sering dikaitkan dengan tahap kualiti sistem yang digunapakai. Maka pelbagai usaha dan aktiviti dilakukan agar sistem yang dibangunkan berkualiti dan efektif dari segi penggunaannya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh diguna untuk mengukur kualiti sesuatu sistem, malah sehingga kini banyak kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti faktor tersebut. Seringkali, faktor yang mempengaruhi kualiti sistem dinilai melalui pandangan pengguna namun pandangan dari pembangun sistem sering diabaikan. Pembangun sistem merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam pembangunan, iaitu sistem perlu dibangun berdasarkan kepada spesifikasi yang dikenalpasti. Mereka berupaya memastikan sistem yang dibangun merupakan sistem yang boleh digunapakai, efektif dan bebas dari sebarang ralat. Oleh itu pandangan mereka dalam menentukan faktor yang mempengaruhi kualiti sistem yang dibangunkan wajar diambilkira. Ironinya dalam kajian lepas pandangan pembangun sistem sering diabaikan dalam menentukan kualiti sistem, maka ini menjadi objektif kajian ini. Kaedah kuantitatif diguna dalam kajian ini, dengan responden seramai 43 orang yang terlibat dalam pembangunan sistem. Data dianalisis menggunakan analisis korelasi dan dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti data, kepuasan pengguna dan kehendak organisasi mempunyai hubungan yang positif dalam menentukan kualiti sistem mengikut pandangan pembangun sistem. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai garispanduan kepada kumpulan pembangunan sistem dalam menghasilkan sistem yang berkualiti serta mampu meningkatkan prestasi organisasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Influencing factors; Quality systems; System developers; Organization performance |
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 15420 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Oct 2020 02:45 |
Last Modified: | 23 Oct 2020 03:24 |
Repository Staff Only: item control page