Cabaran dan strategi intervensi mencapai Graduate On Time (GOT) dalam kalangan pelajar siswazah UKM

Khadijah Alavi, and Sarin Johani, and Nasharuddin Zainal, and Andanastuti Muchtar, (2020) Cabaran dan strategi intervensi mencapai Graduate On Time (GOT) dalam kalangan pelajar siswazah UKM. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 12 (1). pp. 1-20. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
459kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1277

Abstract

Menamat pengajian siswazah mengikut tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu cabaran bagi pelajar Sarjana Falsafah dan Doktor Falsafah UKM. Kajian ini bertujuan untuk untuk meneroka cabaran pelajar siswazah menamat pengajian mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan mencadangkan strategi intervensi meningkatkan pencapaian GOT (Graduate on Time) dalam kalangan pelajar siswazah UKM. Kajian ini dijalankan ke atas seramai 38 orang pelajar siswazah iaitu seramai 17 orang pelajar siswazah yang berjaya mencapai GOT dan juga 21 orang pelajar yang tidak berjaya mencapai GOT. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan juga temubual dalam perbincangan kumpulan berfokus (focus group). Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi mendapatkan maklumat cabaran dan persekitaran pembelajaran siswazah di UKM. Data perbincangan kumpulan diterjemahkan kepada tema-tema dengan analisis verbatim. Hasil kajian menunjukkan majoriti siswazah yang mendapat GOT projeksikan cabaran utama mereka ialah masalah kewangan dan bahan dan alat instrumen kajian tidak mencukupi. Manakala siswazah yang tidak mendapat GOT pula menyatakan cabaran utama mereka ialah kesukaran mengumpulkan data kajian, masalah rujukan terkini, sukar menerbitkan dalam jurnal berimpak tinggi dan masalah personaliti dan kendiri. Perbandingan antara siswazah yang mendapat GOT dan tidak mendapat GOT mempunyai perbezaan yang sangat ketara dalam menyatakan cabaran dan strategi untuk meningkatkan GOT dalam kalangan siswazah UKM pada masa akan datang. Implikasi kajian ini adalah penting untuk mewujudkan satu garis panduan model strategi intervensi bagi mempertingkatkan peranan UKM dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan pascasiswazah yang berjaya mencapai GOT.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Persekitaran pembelajaran; Strategi intervensi; Graduate on Time; Siswazah
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:15422
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2020 01:36
Last Modified:25 Oct 2020 01:36

Repository Staff Only: item control page