Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, and Mohd Izwan Mahmud, and Dharatun Nissa Puad Mohd Kari, and Halizah Omar, and Rezki Perdani Sawai, and Joki Perdani Sawai, (2020) Regulasi emosi dalam penulisan dan penerbitan jurnal dalam kalangan ahli akademik. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 12 (1). pp. 42-53. ISSN 1985-5826
|
PDF
201kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1277
Abstract
Emosi yang berkait dengan keperluan untuk menulis dan menerbit jurnal antaranya ialah cinta, takut, bimbang dan putus asa. Regulasi bagi keempat-empat emosi tersebut adalah penting bagi menjamin kejayaan sesebuah penulisan dan penerbitan jurnal. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana ahli akademik dapat meregulasi emosi apabila mereka lebih memahami proses di dalam penulisan dan penerbitan jurnal dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam proses tersebut. Oleh itu, kertas kajian ini bertujuan untuk menilai artikel jurnal dan buku-buku mengenai penulisan dan penerbitan jurnal dari sela masa bermula tahun 2000 hingga 2018. Sebanyak 16 artikel jurnal dan 8 buah buku yang ditulis oleh ahli akademik global telah dinilai bagi melihat keperluan menulis dan menerbit, isi kandungan artikel jurnal berimpak tinggi dan peranannya dalam kerjaya ahli akademik. Data dianalisis secara tematik dengan mengkhususkan kepada empat kemahiran iaitu kemahiran membaca, mengkaji, menulis dan menerbit. Dapatan kajian mendapati bahawa penulisan artikel jurnal bukanlah satu tugas yang terlalu sukar tetapi ahli akademik perlu berhasil untuk meregulasi emosi dengan menguasai teknik dan gaya penulisan ilmiah yang efektif. Seterusnya peningkatan dalam menguasai 4 kemahiran tersebut dapat menyumbang kepada tersebarnya hasil kajiankajian ke seluruh dunia. Cadangan ini menyumbang kepada keupayaan regulasi emosi dengan menanamkan kecintaan kepada penulisan dan penerbitan jurnal. Manakala, susulan yang dicadangkan adalah untuk mengkaji dari sudut praktikal berkait dengan kecintaan kepada penulisan dan penerbitan jurnal.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Regulasi emosi; Cinta; Jurnal berimpak tinggi; Menulis; Terbit |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 15425 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2020 02:04 |
Last Modified: | 25 Oct 2020 01:50 |
Repository Staff Only: item control page