Tradisionalis, penyimpangan dan puisi sukar dalam puisi Melayu moden

Mohamad Shaidan, and Shaiful Bahri Md. Radzi, (2020) Tradisionalis, penyimpangan dan puisi sukar dalam puisi Melayu moden. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (3). pp. 11-22. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-3/

Abstract

Kajian ini membincangkan fenomena yang berlaku dalam sejarah puisi Melayu moden sejak awal dekad 1930-an sehingga dekad 1970-an. Puisi Melayu moden yang bermula pada awal dekad 1930-an merupakan hasil transformasi puisi Melayu tradisional, khususnya pantun dan syair yang menjadi teks hipogramnya. Transformasi ini lebih banyak memperlihatkan persamaannya, terutamanya pada tipografi dan bahasa dengan teks hipogramnya. Persamaan ini yang sering disebut oleh pengkaji terdahulu sebagai pengaruh dan kesinambungan daripada puisi tradisional adalah wajar kerana puisi moden tidak lahir dalam kekosongan budaya. Meskipun demikian, sejak kelahirannya pada awal dekad 1930-an sehingga dekad 1960-an, puisi moden terus-menerus memperlihatkan persamaan dengan teknik penciptaan pantun dan syair. Puisi-puisi ini yang mendominasi jagat perpuisian Melayu telah menjulang tokoh-tokoh penyairnya pada setiap dekad. Penyair dan pembacanya dapat dianggap tradisionalis. Dengan teknik yang statik, penyairnya pada setiap dekad mengungkapkan peristiwa yang berlaku pada dekad kehadirannya. Ketaasuban terhadap puisi yang mudah difahami dan peranannya sebagai alat komunikasi puitis telah menyebabkan pembaca menolak puisipuisi yang menyimpang daripada tradisionalis dan sukar difahami. Noor S.I., A.S. Amin dan M. Ghazali dianggap pemuisi kabur apabila puisi-puisi mereka muncul pada pertengahan dekad 1950-an lalu ditolak khalayak. Pembaca juga menolak puisi-puisi sukar Suhaimi Haji Muhammad pada dekad 1960-an dan puisi-puisi sukar Baha Zain pada dekad 1970-an. Puisi-puisi mereka tidak dapat difahami berdasarkan pengalaman pembacaan puisi mereka. Justeru, kaedah pembacaan puisi sukar dengan teori yang khusus perlu diketengahkan agar pembaca dapat menggali makna yang hendak disampaikan oleh penyairnya dan kerja-kerja perpuisian mereka tidak menjadi sia-sia.

Item Type:Article
Keywords:Tradisionalis; Penyimpangan; Puisi sukar; Puisi Melayu moden
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:15427
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2020 03:32
Last Modified:25 Oct 2020 02:01

Repository Staff Only: item control page