Adab masyarakat Melayu lama dalam Hikayat Hang Tuah

Mohd Rosli Saludin, and Muhammad Sufi Ahmad Nazri, (2020) Adab masyarakat Melayu lama dalam Hikayat Hang Tuah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (3). pp. 23-31. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-3/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti unsur adab dan tatacara kehidupan orang Melayu terdahulu yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis amalan adab yang wujud dalam teks Hikayat Hang Tuah. Kajian ini menggunakan teori kajian budaya (cultural studies theory) sebagai sokongan dan hujah. Teori ini mengkaji segala tindakan manusia memasuki dan membentuk masyarakatnya. Dapatan kajian mendapati banyak unsur adab dalam kalangan masyarakat Melayu lama yang wujud dalam teks hikayat tersebut. Unsur adab tersebut merangkumi adab masyarakat dalam bersosial. Unsur adab ini menepati kehendak prinsip teori yang digunakan. Implikasi kajian ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat, para pengkaji, dan ilmuwan dalam meneliti kandungan penting dalam teks Hikayat Hang Tuah. Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada umum mengenai amalan adab orang Melayu terdahulu dalam kehidupan seharian.

Item Type:Article
Keywords:Hikayat Hang Tuah; Amalan adat; Sosial
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:15428
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2020 03:37
Last Modified:25 Oct 2020 02:10

Repository Staff Only: item control page