Muharam Awang, and Shaiful Bahri Md. Radzi, (2020) Indah lagi mengasyikkan: gaya bahasa pertautan Usman Awang dalam puisinya. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (3). pp. 33-42. ISSN 2289-1706
|
PDF
336kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-3/
Abstract
Kajian ini membicarakan kepenyairan Usman Awang, Sasterawan Negara yang ketiga. Pembicaraan ini berkisar terhadap keindahan gaya bahasa pertautan dalam puisi yang disampai dengan begitu berkesan sekali sehingga berjaya menjadikannya sebagai seorang tokoh penyair besar dalam dunia kepenyairan tanah air. Data kajian ini melibatkan cabutan sajak-sajak ciptaan Usman Awang yang antara lain termasuk Gelombang (1960); Duri dan Api (1967); Kaki Langit (1971); Salam Benua (1987) dan Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang (1987). Bagi menganalisis keindahan puisi Usman Awang maka Model Gaya Bahasa Hendry Guntur Tarigan khususnya gaya Bahasa pertautan diaplikasikan bagi mengenal pasti gaya bahasa ini digunakannya dalam puisi. Keindahan puisi ini terbukti kerana kebijaksanaannya dalam menjalin penggunaan gaya bahasa pertautan seperti metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme, epitet, antonomasia, paralelisme, dan asidenton dalam ciptaan puisi sehingga menjadikannya sebegitu indah sehingga menyentuh kalbu. Kekuatan ini membolehkan Usman Awang menyampaikan tema kemanusiaan secara berkesan ketika merakamkan peristiwa sejarah penting tanah air serta yang menyentuh isu-isu antarabangsa dan sejagat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Usman Awang; Puisi; Gaya bahasa; Gaya bahasa pertautan; Indah |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 15429 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2020 03:44 |
Last Modified: | 25 Oct 2020 02:11 |
Repository Staff Only: item control page