Teknologi masyarakat Minangkabau dalam Perang Padri di Sumatera Barat

Muhamad Shafiq Mohd Ali, (2020) Teknologi masyarakat Minangkabau dalam Perang Padri di Sumatera Barat. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (3). pp. 43-53. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
434kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-3/

Abstract

Perang Padri merupakan perang saudara yang telah berlaku di Sumatera Barat iaitu di kawasan Minangkabau pada tahun 1803 hinggalah 1838. Ianya berlaku akibat pertelagahan antara kaum yang memegang Adat dan kaum Padri yang berpegang teguh dengan Islam. Pihak Adat kemudiannya bergabung dengan Belanda untuk menyingkirkan kekuasaan pihak Padri. Apa yang menjadi persoalan adalah mengapakah Belanda mengambil masa yang begitu lama untuk menundukkan perjuangan kaum Padri. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan tentang persediaan yang dilakukan oleh kaum Padri bagi mempertahankan tanah airnya daripada dijajah oleh Belanda. Persediaan pejuang Padri adalah daripada sudut strategi peperangan, binaan kubu pertahanan yang kuat dan juga penggunaan persenjataan. Pihak Belanda sendiri mengakui kesukaran untuk mengalahkan pihak Padri sehinggakan masalah ini sampai kepada raja di Belanda. Boleh dikatakan persediaan yang dilakukan oleh pejuang Padri ini merupakan sebuah pencapaian teknologi atau etno-teknologi bagi masyarakat Minang. Ianya kurang dibincangkan kerana beberapa penulis sebelum ini tidak melihat persiapan ini sebagai suatu bentuk teknologi yang datang daripada pemikiran masyarakat Minangkabau.

Item Type:Article
Keywords:Perang Padri; Belanda; Senjata; Kubu pertahanan; Strategi peperangan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:15430
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Oct 2020 03:53
Last Modified:25 Oct 2020 02:14

Repository Staff Only: item control page