Chong, Shin (2020) Hubungan linguistik variasi Melayu Sekadau, Kuching dan Saribas: suatu hipotesis awal. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (3). pp. 71-80. ISSN 2289-1706
|
PDF
548kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-3/
Abstract
Makalah ini menganalisis hubungan kekerabatan tiga variasi Melayu di tiga kawasan yang berbeza di Borneo Barat, iaitu Sekadau (Kalimantan Barat, Indonesia), Kuching dan Saribas (Sarawak). Adalah suatu hakikat bahawa faktor geografi mendorong pembentukan berbagai variasi bahasa dan dialek. Untuk kes variasi Melayu Sekadau, Kuching dan Saribas, ketiga-tiga dialek ini sesungguhnya dipisahkan oleh berbagai bentuk muka bumi yang rencam, iaitu sungaisungai, banjaran, hutan belantara, bukit-bukit dan paya. Daripada segi hubungan, penutur di Kuching dan Saribas tiada hubungan sosial dengan penutur di Sekadau. Namun hasil analisis dan perbandingan linguistik menunjukkan kadar persamaan linguistik antara ketiga-tiga variasi ini sangat tinggi. Ini menimbulkan persoalan mengapa terdapat hubungan linguistik yang dekat sedangkan terdapat pemisahan geografi, dan tiada hubungan sosial dalam kalangan penuturnya. Untuk menghuraikan fenomena ini, penulis menggunakan hipotesis Nothofer (1997), iaitu terdapat satu rantaian bahasa-bahasa Melayik di Borneo Barat. Bahasa yang memaparkan ciri bunyi /-h/ > /-Ɂ/, pengguguran /h/ pada awal kata, penambahan /-Ɂ/ di akhir kata tertentu dan /-k/ berkontras dengan /-Ɂ/ adalah bahasa dalam Rantaian Bahasa Melayik Borneo Barat. Variasi Melayu Sekadau, Kuching, Saribas merupakan ahli rantaian kerana memiliki ciri-ciri linguistik ini. Diandaikan bahawa variasi-variasi dalam rantaian ini berasal daripada bahasa Melayik Purba dan migrasi purba pernah berlaku dalam kalangan penuturnya sehingga membentuk landskap persebaran seperti hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Variasi Melayu; Faktor geografi; Rantaian bahasa |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 15432 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2020 04:07 |
Last Modified: | 25 Oct 2020 02:31 |
Repository Staff Only: item control page