Siti Nuratikah Mohd Zain, (2020) Ketidaksepadanan makna dalam terjemahan lirik lagu Jampi. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (3). pp. 81-88. ISSN 2289-1706
|
PDF
300kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-3/
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis ketidaksepadanan makna dalam terjemahan lirik lagu Jampi. Pendekatan terjemahan langsung digunakan untuk menjelaskan maksud lirik dengan lebih terperinci. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan temu bual bertulis. Data diperoleh daripada 13 kumpulan responden yang dipilih secara rawak dalam Kursus Linguistik dalam Interpretasi dan Terjemahan (BBN3202) semester dua sesi 2017/2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa responden tidak mampu menterjemah dengan baik kerana responden bukan penutur asli bahasa sasaran (bahasa Inggeris) yang diakibatkan oleh kurangnya penguasaan terhadap bahasa sasaran. Selain itu gangguan dan percampuran daripada bahasa ibunda turut memainkan peranan terhadap ketidaksepadanan maksud lagu yang diterjemah. Akhir sekali, kajian menunjukkan bahawa responden melakukan terjemahan tanpa merujuk kepada kamus yang tepat. Kajian menyimpulkan bahawa pemilihan kata yang bersesuaian dan berpadanan sangat penting dalam menghasilkan sesuatu terjemahan yang berkualiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ketidaksepadanan; Makna; Terjemahan; Lirik; Lagu |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 15433 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 21 Oct 2020 04:12 |
Last Modified: | 25 Oct 2020 02:37 |
Repository Staff Only: item control page