Program dakwah dalam memantapkan akidah remaja oleh Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM)

Nor Azizah Mustapha, and Fariza Md. Sham, and Ahmad Irdha Mokhtar, (2019) Program dakwah dalam memantapkan akidah remaja oleh Institut Pemantapan Dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM). Al-Hikmah, 11 (2). pp. 3-19. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Isu akidah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan. Akidah yang goyah amat merbahaya dan mampu menyemarakkan lagi gejala murtad. Pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan sasaran dakwah amat penting bagi memantapkan akidah remaja. Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam aspek pemantapan akidah di Malaysia. Ia menganjurkan program khusus kepada masyarakat Islam dalam usaha memantapkan akidah berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kursus dan latihan yang dianjurkan mempunyai objektif khusus dalam memantapkan akidah masyarakat. Artikel ini menjelaskan dan menganalisis program dakwah dalam memantapkan akidah remaja merangkumi kursus yang dilaksanakan kepada golongan sasaran dalam kalangan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu pengumpulan data melalui temu bual. Kajian ini memfokuskan program di bawah Kluster Pemantapan dan Ilaj kerana sasaran peserta bagi kursus ini terdiri daripada golongan remaja. Dapatan kajian menunjukkan, pihak IPHAM telah banyak melaksanakan kursus terhadap golongan sasaran dalam kalangan remaja. Secara keseluruhannya, usaha dan inisiatif IPHAM membuahkan hasil apabila penglibatan golongan remaja dalam program anjurannya mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat pengajian. Terdapat empat program khusus dalam memantapkan akidah remaja iaitu kursus Pemantapan Akidah dan Pemikiran Islam, Kursus Pembangunan Sahsiah dan Pemantapan Akidah, Diskusi Isu-Isu Semasa Akidah dan Wacana Intelektual Akidah menurut Pendekatan Wasatiyyah: Ancaman Ideologi Semasa. Walaupun institusi kerajaan seperti IPHAM telah melaksanakan program dalam usaha memantapkan akidah remaja, komitmen dan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat seperti institusi kekeluargaan dan NGO perlu bekerjasama dalam melahirkan remaja yang mengikut acuan akidah Islam sebenar.

Item Type:Article
Keywords:Akidah; Dakwah; Remaja; IPHAM
ID Code:15434
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2020 06:07
Last Modified:26 Oct 2020 04:00

Repository Staff Only: item control page