Ismail Naim Abdullah, and Abdul Ghafar Hj. Don, (2019) Kepentingan aspek pengetahuan dan kemahiran dalam dakwah terhadap masyarakat Orang Asli. Al-Hikmah, 11 (2). pp. 20-36. ISSN 1985-6822
|
PDF
909kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Pendakwah merupakan golongan yang berperanan penting dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat. Mereka antara insan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah dalam memakmurkan agama di muka bumi ini. Aspek persiapan dianggap elemen penting dalam menentukan keberkesanan proses penyampaian dakwah. Pengetahuan dan kemahiran adalah dua elemen berkaitan. Artikel ini bertujuan menganalisis kepentingan aspek pengetahuan dan kemahiran dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Kaedah yang digunakan dalam membincangkan isu berkaitan pengetahuan dan kemahiran adalah berdasarkan analisis dokumen seperti jurnal, buku dan lain-lain dokumen berkaitan kajian. Analisis aspek pengetahuan adalah berdasarkan teori Thaqafah al-Da’iyah oleh al-Qaradawi. Manakala aspek kemahiran adalah berasaskan prinsip metodologi dakwah dalam surah al-Nahl, ayat 125. Analisis ini memperlihatkan adalah penting pendakwah menguasai aspek pengetahuan berkaitan ilmu Islam, sejarah dan kearifan tempatan, kepercayaan, adat dan budaya, pengetahuan semasa serta realiti masyarakat setempat. Manakala aspek kemahiran yang perlu dikuasai pendakwah pula ialah komunikasi, kemahiran pertukangan, pertanian, perubatan, sukan dan lain-lain yang berkaitan lingkungan kehidupan masyarakat Orang Asli.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengetahuan; Kemahiran; Dakwah; Masyarakat Orang Asli |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 15435 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Oct 2020 06:22 |
Last Modified: | 26 Oct 2020 04:03 |
Repository Staff Only: item control page