Persediaan kualiti diri siswa guru pendidikan Islam melalui konsep 5 MIM dalam Program Pendidikan Inklusif di sekolah

Norliza Nor Hashim, and Razaleigh Muhamat @ Kawangit, and Ahmad Irdha Mokhtar, (2019) Persediaan kualiti diri siswa guru pendidikan Islam melalui konsep 5 MIM dalam Program Pendidikan Inklusif di sekolah. Al-Hikmah, 11 (2). pp. 54-67. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
860kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Program Pendidikan Khas telah mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Murid berkeperluan khas boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif. Justeru , artikel jurnal ini bertujuan untuk menyahut saranan di dalam PPPM melalui Gelombang 1 (2013-2015), di mana kementerian berhasrat untuk menjadikan Pendidikan Khas sebagai mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran Institut Pendidikan Guru (IPG), bagi memastikan sumber guru dilengkapkan dengan kemahiran asas dan kesedaran tentang keperluan murid berkeperluan khas. Kajian ini menyokong saranan PPPM, dengan memfokuskan kepada aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian oleh bakal-bakal siswa guru yang akan terlibat dalam Program Pendidikan Inklusif, terutama dalam aspek persediaan dari sudut kualiti guru, yang akan memfokuskan kepada konsep 5MIM (Mudarris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Mucllim). Kajian konsep ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada siswa guru sebagai bakal guru Pendidikan Islam, khususnya yang akan mengajar untuk Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti siswa guru Pendidikan Islam; Program Pendidikan Inklusif; Konsep 5 MIM
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:15437
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2020 06:44
Last Modified:27 Oct 2020 08:03

Repository Staff Only: item control page