Saifulazry Mokhtar, and Kasoma Thia, and Habibah Artini Ramlie, (2019) Pendekatan dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) terhadap banduan di Penjara Sandakan. Al-Hikmah, 11 (2). pp. 68-87. ISSN 1985-6822
|
PDF
650kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan sebuah agensi jabatan negeri yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah. Penubuhannya adalah selari dengan penyebaran risalah dakwah Islamiah terhadap seluruh lapisan masyarakat termasuk banduan di Penjara Sandakan, Sabah. Namun, pelaksanaan dakwah kepada banduan di Penjara Sandakan memerlukan strategi kerohanian yang sesuai dengan latar belakang mereka. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan pelaksanaan dakwah JHEAINS di Penjara Sandakan. Melalui kajian tinjauan awal, temubual secara ringkas bersama pihak JHEAINS dan pihak penjara telah dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan dakwah yang digunakan oleh JHEAINS dan pihak Penjara Sandakan untuk mendidik dan mentarbiah banduan ialah melalui Dacwah bi al-Nafs, Dacwah Fardiyyah, Dacwah bi al-Ḥāl dan Dacwah al-cĀm. Strategi pelaksanaan dakwah yang dijalankan oleh JHEAINS terhadap banduan penjara ini memberi implikasi yang besar khususnya kepada pegawai penjara dan para pendakwah dalam menyebarkan dakwah Islamiah dalam kalangan banduan multietnik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Strategi pendekatan dakwah; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS); Penjara |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 15438 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Oct 2020 06:53 |
Last Modified: | 27 Oct 2020 08:04 |
Repository Staff Only: item control page