Pendekatan tazkiyah al-nafs dalam menangani masalah kemurungan

Nur Ashidah Yahya, and Fariza Md. Sham, (2020) Pendekatan tazkiyah al-nafs dalam menangani masalah kemurungan. Al-Hikmah, 12 (1). pp. 3-18. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kemurungan merupakan gangguan emosi berpunca daripada gaya pemikiran seseorang melibatkan persepsi kepada diri sendiri, kehidupan dan persekitarannya. Walaupun telah terdapat pelbagai kaedah dalam menangani kemurungan, namun masih terdapat peningkatan jumlah pesakit kemurungan bagi setiap tahun. Islam juga memberikan panduan dalam usaha mengatasi masalah kemurungan dengan melakukan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah SWT. Oleh itu, kajian ini membincangkan mengenai pendekatan tazkīyat al-nafs dalam menangani masalah kemurungan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Manakala, pengumpulan data kajian menggunakan kajian lepas seperti tesis, artikel, jurnal dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan agama amat penting dalam membantu individu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik. Usaha individu untuk sembuh dari kemurungan perlu selari dengan pendekatan agama supaya usaha yang dijalankan lebih berkesan kerana melibatkan proses pemulihan kerohanian dan kejiwaan. Salah satu daripada pendekatan agama ialah menggunakan pendekatan tazkīyat al-nafs. Pendekatan tazkīyat al-nafs dengan menggunakan proses mujāhadat al-nafs dan riyāḍat al-nafs dapat memandu individu dalam membuat keputusan yang betul, konsisten melakukan amalan yang baik dan memperoleh pahala sekiranya melakukan amalan tersebut. Amalan baik terdiri daripada solat, puasa dan berdoa. Pendekatan tazkīyat al-nafs juga menjadi proses penyembuhan dan pencegahan bagi kemurungan jika individu tersebut melakukan amalan yang baik secara istiqamah dan secara berterusan.

Item Type:Article
Keywords:Kemurungan; Pendekatan tazkīyat al-nafs; Mujāhadat al-nafs; Riyāḍat al-nafs
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:15440
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2020 07:28
Last Modified:27 Oct 2020 08:08

Repository Staff Only: item control page