Personaliti pendakwah dalam menyantuni masyarakat non Muslim

Nurul Izzah Che Zaidi, and Razaleigh Muhamat @ Kawangit, (2020) Personaliti pendakwah dalam menyantuni masyarakat non Muslim. Al-Hikmah, 12 (1). pp. 19-36. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
823kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Pendakwah merupakan teras utama dalam pelaksanaan usaha dakwah kepada masyarakat non-Muslim. Personaliti pendakwah mampu menjadi satu tarikan untuk mendekati sasaran dakwah supaya mereka dapat menerima Islam. Mendekati nonMuslim memerlukan kepada tahap personaliti yang tinggi kerana kedudukan mereka yang belum lagi Islam. Pendekatan yang lembut dan berhikmah sangat diperlukan dan ini boleh dilakukan oleh personaliti pendakwah yang hebat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam mendekati masyarakat Jahiliyyah. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan personaliti pendakwah dalam menyantuni masyarakat non¬-Muslim dan mempengaruhi mereka untuk menerima dakwah yang disampaikan. Ia dilakukan berdasarkan kepada kajian lepasan dalam bidang dakwah dan personaliti dalam menyantuni masyarakat non-Muslim. Artikel ini merumuskan bahawa pembentukan personaliti pendakwah yang dibentuk melalui ciri luaran dan dalaman mampu menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam berdakwah. Antara ciri-ciri yang membentuk personaliti pendakwah dalam menyantuni non-Muslim ialah menyantuni dengan akhlak yang mulia, kesabaran, sifat-sifat kepimpinan, dakwah bi al-hāl, contoh teladan, sikap prihatin dan empati, amalan berziarah, penampilan yang kemas dan sikap bermasyarakat. Personaliti yang baik mampu memberi keberkesanan kepada dakwah yang disampaikan.

Item Type:Article
Keywords:Personaliti; Pendakwah; Menyantuni; Non-Muslim; Dakwah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:15441
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2020 07:43
Last Modified:27 Oct 2020 08:50

Repository Staff Only: item control page