Zaharah Hussin, and Ahmad Arifin Sapar, and Saedah Siraj, and Abdul Muqsith Ahmad, and Mohd Ridhuan Mohd Jamil, and Nurulrabihah Mat Noh, (2020) Mendidik nilai kekeluargaan berteraskan pemikiran Ilahiyyah: konsensus pakar. Al-Hikmah, 12 (1). pp. 37-52. ISSN 1985-6822
|
PDF
888kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Pendidikan nilai dalam keluarga berasaskan pemikiran Ilahiyyah merupakan satu aspek yang sering dialpakan dalam kalangan masyarakat Islam. Lebih malang lagi sekiranya pendidikan anak-anak dalam sesebuah keluarga tiada hala tuju yang jelas. Sewajarnya, didikan dalam keluarga harus dimulakan dengan mendidik nilai dengan minda serta cara fikir. Pemikiran Ilahiyyah (kognitif) merupakan satu proses mental dalaman berdasarkan maklumat yang diterima. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti elemen mendidik nilai berteraskan pemikiran Ilahiyyah (kognitif) dalam hidup berkeluarga . Pemilihan pakar seramai 9 orang adalah berdasarkan kepakaran serta pengalaman mereka dalam bidang kekeluargaan Islam, pendidikan, akhlak dan nilai. Analisis dapatan kajian menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan kesemua 12 elemen mendidik nilai berteraskan pemikiran Ilahiyyah diterima dan ini kerana data memenuhi syaratsyarat iaitu nilai ambang (threshold value) kurang daripada 0.2 dan peratusan persetujuan pakar melebihi 75 peratus. Manakala, item menggalakkan sifat tolong menolong dengan reda merupakan item yang menjadi keutamaan dalam mendidik nilai berteraskan pemikiran Ilahiyyah (kognitif) dan sikap toleransi ini merupakan tunjang dalam pembentukan sesebuah keluarga. Hasilan kajian ini memaparkan sejumlah elemen mendidik berasaskan nilai Ilahiyyah yang boleh dijadikan panduan dalam mendidik ahli keluarga untuk mencapai keredaan Ilahi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keluarga; Kognitif; Ilahiyyah; Fuzzy Delphi |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 15442 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Oct 2020 07:51 |
Last Modified: | 27 Oct 2020 08:46 |
Repository Staff Only: item control page