Dakwah ABIM melalui Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) 1977-2000

Siti Ruzana Ab Ghani, and Rahilah Omar, and Azlizan Mat Enh, and Russli Kamaruddin, (2020) Dakwah ABIM melalui Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) 1977-2000. Al-Hikmah, 12 (1). pp. 53-70. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
721kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Antara matlamat perjuangan ABIM ialah menyedarkan masyarakat Islam tentang pematuhan syariah dalam transaksi kewangan dan melahirkan sebuah institusi kewangan Islam bagi keperluan pembangunan ekonomi ahli-ahli ABIM dan umat Islam amnya. Penubuhan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) oleh ABIM pada tahun 1977 ketika idea pelaksanaan sistem kewangan Islam baru dibincangkan merupakan suatu perjuangan dakwah yang mencabar. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan perjuangan ABIM di peringkat awal dalam membangunkan KBI antara tahun 1977 hingga 2000. Metodologi kajian berdasarkan pendekatan disiplin sejarah iaitu memberikan tumpuan utama kepada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber-sumber primer daripada dokumen asal di Arkib ABIM Pusat dan Pejabat KBI Pusat dianalisis dengan gabungan data-data sumber sekunder dan temu bual pemimpin yang terlibat. Hasil kajian mendapati perjuangan dakwah ABIM melalui KBI dapat menghindarkan para ahlinya dan seterusnya masyarakat Melayu daripada urusan riba dan muamalat yang haram dalam kehidupan seharian. Di samping itu, KBI juga dapat membantu para ahli menggunakan sistem kewangan sendiri yang islamik tanpa bergantung pada mana-mana sistem kewangan yang sedia ada di Malaysia. Selain itu, KBI telah membuka laluan kepada penubuhan institusi kewangan Islam di Malaysia seperti Bank Islam.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah; ABIM; Dakwah; Sistem kewangan Islam; Koperasi Belia Islam
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:15443
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Oct 2020 08:20
Last Modified:27 Oct 2020 08:48

Repository Staff Only: item control page