Hubungan antara konsep rezeki dan persepsi terhadap risiko dalam persaingan perniagaan menggunakan analisis Spearman's RHO

Abdul Qawi Abdul Halim, and Mohamad Sabri Haron, (2020) Hubungan antara konsep rezeki dan persepsi terhadap risiko dalam persaingan perniagaan menggunakan analisis Spearman's RHO. Jurnal Hadhari, 12 (1). pp. 35-44. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
422kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1279

Abstract

Kebanyakan usahawan Melayu tidak memahami konsep rezeki yang merupakan sebahagian daripada qada dan qadar. Hal ini dizahirkan dengan tindakan mereka yang sentiasa menyalahkan orang lain jika berlaku kerugian seperti yang dilaporkan media tempatan. Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan perkataan risiko dan rezeki dalam Bahasa Arab. Namun begitu, dua perkataan ini mempunyai definisi dan makna yang berbeza. Rezeki menurut Tasawwur Islam adalah sesuatu yang dijamin dan ditentukan ketentuannya. Artikel ini bertujuan menganalisis hubungan antara konsep rezeki yang boleh diusahakan dan persepsi risiko persaingan perniagaan. Satu kajian rintis menggunakan analisis Spearman’s rho telah dilaksanakan pada tahun 2019 melibatkan 30 orang peniaga Melayu di sekitar Lembah Klang. Makalah ini untuk mengenal pasti tanggapan peniaga tentang konsep rezeki dan risiko persaingan perniagaan. Keputusan analisis ujian korelasi Spearman menunjukkan bahawa hubungan antara kefahaman tentang konsep rezeki dan penilaian risiko persaingan adalah tidak signifikan (r =.122, p > .05).

Item Type:Article
Keywords:Rezeki; Risiko; Persaingan; Usahawan; Qada dan qadar
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:15452
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2020 06:32
Last Modified:27 Oct 2020 09:24

Repository Staff Only: item control page