Perspektif Hamka dan Aristotle mengenai kebahagiaan

Mohd Annas Shafiq Ayob, (2020) Perspektif Hamka dan Aristotle mengenai kebahagiaan. Jurnal Hadhari, 12 (1). pp. 45-59. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
472kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1279

Abstract

Kebahagiaan merupakan keinginan bagi semua manusia dalam kehidupan mereka. Selain itu kebahagiaan merupakan tujuan terakhir bagi kehidupan manusia. Seringkali kebahagiaan didengar dan dilafazkan, namun setiap manusia berbeza pandangan mengenai makna dan cara mencapai kebahagiaan. Konsep kebahagiaan merupakan isu yang dibincangkan oleh ahli falsafah terutamanya bagi dua orang tokoh pemikir terkemuka iaitu Hamka (1908-1981 M.) dan Aristotle (384-322 S.M). Kedua tokoh tersebut mempunyai pendekatan yang berbeza berkaitan konsep kebahagiaan. Oleh itu, makalah ini menganalisis makna dan cara mencapai kebahagiaan yang telah dibincangkan menurut perspektif dua orang tokoh pemikir tersebut berdasarkan hasil penulisan mereka. Penelitian ini mengetengahkan metode perbandingan makna dan cara mencapai kebahagiaan. Hasil kajian mendapati wujud persamaan dan perbezaan dalam konsep kebahagiaan di antara Hamka dan Aristotle dalam beberapa aspek tertentu. Hamka melihat kemuncak kebahagiaan dapat dicapai dengan berpandukan Islam. Manakala Aristotle pula melihat kebahagiaan dapat dicapai berpandukan penggunaan akal. Oleh itu, kajian ini dapat memberi kefahaman mengenai konsep kebahagiaan dari segi makna dan cara mencapai kebahagiaan melalui konsep yang betul.

Item Type:Article
Keywords:Kebahagiaan; Hamka; Aristotle; Akal
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:15453
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Oct 2020 06:38
Last Modified:27 Oct 2020 09:25

Repository Staff Only: item control page