Siti Hajar Sabran, and Azlan Abas, and Sytty Mazian Mazlan, and Sharminii Devi Supramaniam, (2020) Amalan penggunaan racun perosak dalam kalangan pesawah di Pulau Pinang. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 5-19. ISSN 0126-5008
|
PDF
457kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256
Abstract
Mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan dan kesedaran risiko penggunaan racun perosak dalam kalangan pesawah amat penting bagi mengurangkan risikonya terhadap alam sekitar dan kesihatan. Oleh itu, satu kajian kuantitatif dijalankan ke atas 360 pesawah Pulau Pinang menggunakan borang soal selidik melalui kaedah persampelan bertujuan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan mengenai risiko racun perosak terhadap alam sekitar dan kesihatan, tahap kesedaran mengenai penggunaan racun perosak dan menilai hubungan di antara faktor sosiodemografi dan pengetahuan terhadap kesedaran. Hasil analisis diskriptif menunjukkan tahap kesedaran pesawah dari aspek penggunaan racun perosak adalah sederhana (skor 2.35 ±1.03) walaupun tahap pengetahuan mereka mengenai risiko racun perosak terhadap alam sekitar dan kesihatan adalah tinggi (skor 3.63 ±1.55). Pesawah mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai larangan penggunaan racun perosak berbahaya (skor 3.29 ±2.38) manakala kesedaran mereka adalah rendah mengenai pelupusan bekas racun perosak (skor 1.59 ±2.34). Hal ini telah didorong oleh faktor pengetahuan mereka yang sederhana mengenai kewujudan residu racun perosak dipersekitaran (skor 2.43 ±2.50). Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu memberi penekanan berkaitan program pendidikan yang berterusan, latihan pengurusan dan pengendalian selamat racun perosak serta pemberian insentif harus diberikan kepada pesawah yang kurang berpendidikan dan kurang berpengalaman khususnya pesawah belia manakala pengurangan cukai alam sekitar dan insentif diberi kepada pesawah yang mengusahakan tanaman padi dalam skala besar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pertanian lestari; Penilaian risiko; Pembangunan lestari; Pengurusan persekitaran; Racun perosak |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 15488 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Oct 2020 02:31 |
Last Modified: | 30 Oct 2020 15:32 |
Repository Staff Only: item control page