Impak kemiskinan bandar terhadap faktor kewujudan golongan belia lewat kembang di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Nor Azrul Mohd Zin, and Noordeyana Tambi, and Jamiah Manap, (2020) Impak kemiskinan bandar terhadap faktor kewujudan golongan belia lewat kembang di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 21-34. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256

Abstract

Kemiskinan yang menular dalam kalangan masyarakat di bandar telah memberi kesan negatif kepada pembangunan pendidikan dalam kalangan belia di Malaysia. Kesan kemiskinan yang diwarisi dari generasi ke generasi telah melahirkan golongan yang lambat menyambung pengajian mereka di peringkat pengajian tinggi di luar garis waktu normal iaitu setelah tamat persekolahan formal. Golongan ini dikenali sebagai golongan belia lewat kembang khusus dalam pendidikan di peringkat pengajian tinggi. Kelewatan daripada garis waktu normal untuk menyambung pengajian di peringkat pengajian tinggi ini juga tidak terhad kepada golongan luar bandar, malah belia lewat kembang di kawasan bandar lebih merasai tekanan itu. Golongan belia lewat kembang ini seringkali dicicirkan daripada sistem pendidikan kerana tumpuan meningkatkan pendidikan sering difokuskan kepada kelompok luar bandar. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti impak kemiskinan bandar terhadap perkembangan pendidikan dalam kalangan belia lewat kembang. Kajian ini menggunakan kaedah fenomenologi (phenomenology) bagi memahami pengalaman sebenar informan serta membantu pengkaji mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat dan terperinci. Hasil kajian mendapati bahawa kemiskinan bandar yang diwarisi iaitu dari segi faktor kerjaya dan sosioekonomi jelas memberi kesan negatif terhadap perkembangan pendidikan golongan belia yang seterusnya menyumbang kepada kewujudan golongan belia lewat kembang di Insitusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui faktor kerjaya, golongan lewat kembang ini berhasrat menjadikan pendidikan yang diperolehi daripada peringkat pengajian tinggi mampu memberikan peluang meningkatkan kerjaya sedia ada mereka. Manakala, faktor sosioekonomi pula mendapati bahawa perubahan status sosioekonomi mereka boleh diperbaiki melalui pendidikan diperingkat pengajian tinggi. Kesimpulannya, tanggungjawab semua pihak untuk membentuk peluang kepada golongan belia miskin bandar terutamanya dari aspek pendidikan.

Item Type:Article
Keywords:Miskin bandar; Lewat kembang; Belia; Fenomenologi; Pembangunan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15489
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 02:43
Last Modified:30 Oct 2020 15:33

Repository Staff Only: item control page