Konsumerisme dan kelas sosial dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu

Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin, and Muhammad Ridhwan Sarifin, and Mohamad Fauzi Sukimi, (2020) Konsumerisme dan kelas sosial dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu. AKADEMIKA, 90 (1 (SI)). pp. 35-49. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1256

Abstract

Majlis perkahwinan mempunyai signifikan dalam kehidupan orang Melayu sehingga menyebabkan kepenggunaan dalam perlaksanaannya menjadi komoditi perdagangan. Kepenggunaan dalam majlis perkahwinan telah mengalami evolusi dan mewujudkan kelas sosial. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membincangkan sejauh mana komoditi yang digunakan memberi kesan ke atas kelas sosial orang Melayu. Artikel ini bertujuan pertama, mengetahui kepenggunaan dalam perkahwinan impian orang Melayu. Kedua, menjelaskan hubungan kepenggunaan dengan kesedaran kelas sosial. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam ke atas 12 pengantin perempuan yang telah melaksanakan majlis perkahwinan mereka di Kampung Melayu Seri Wira Damai, Kuala Lumpur. Soalan temu bual adalah berkaitan dengan kepenggunaan berdasarkan Teori Konsumerisme. Hasil kajian mendapati kepenggunaan perkahwinan orang Melayu mengambil kira konsumerisme seperti tema perkahwinan, lokasi perkahwinan, kanopi perkahwinan, barang hantaran, cenderamata perkahwinan, inai dan kad perkahwinan. Seterusnya, kepenggunaan dalam majlis perkahwinan impian adalah untuk meningkatkan kesedaran kelas sosial pengantin di dalam masyarakat. Tahap kewangan mempengaruhi perkahwinan impian dalam meningkatkan kesedaran kelas sosial. Perkahwinan impian orang Melayu telah membentuk budaya konsumerisme. Ia dikaitkan dengan aktiviti konsumsi yang dipengaruh oleh elemen yang penting iaitu golongan kapitalis dalam mencipta pasaran baharu bagi mendidik pengguna menjadi pengguna tegar dan impian untuk mendapatkan sesuatu komoditi dalam membentuk majlis perkahwinan impian. Keseluruhanya kepenggunaaan komoditi dalam melaksanakan majlis perkahwinan mempengaruhi peningkatan kesedaran kelas sosial.

Item Type:Article
Keywords:Perkahwinan impian; Kelas sosial; Konsumerisme; Komoditi; Orang Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15490
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Oct 2020 02:57
Last Modified:30 Oct 2020 15:35

Repository Staff Only: item control page